June 7, 2014

Imbas kembali

Gua tangguhkan dulu story hidup universiti tu. Nie sume gara-gara gua terimbas kembali zaman memori sekolah rendah dulu. Kejadian imbasan tu terjadi bila satu hari tu, sedang gua drive kete pergi keje tetibe terserempak dengan bapak gua yang sedang membonceng motor dengan adik gua. Laju bapak gua bawak, bisik gua dalam hati. Sekilas tu gak gua teringat bapak gua dulu-dulu yang rajin hantar gua pergi sekolah. Berbekalkan motor Honda cup, dari sekolah rendah sampai ke menengah bapak gua hantar gua ke sekolah. Cuma kadang-kadang tu gua naik bas awam. Tak pun jalan kaki jer. Takde lah jauh mana, setakat 15 kilometers tu gua ok je. Contoh motor Honda cup bapak gua yang gua boleh search kat Google.

Senyum hati gua bila teringat balik imbasan sejarah kehidupan gua dan bapak gua. Memang gua rapat dengan bapak gua. Ape-ape pun sume gua carik bapak gua. Kadang-kadang tu balik sekolah pun bapak gua yang amik. Bayangkan bila gua sekolah petang, bapak gua balik keje pukul 5 petang. Tapi terpaksa la buat overtime sebab nak tunggu gua balik sekolah pukul 6.30petang. Dan sikit pun gua tak nampak riak wajah susah atau penat di muka bapak gua. Dan sekarang akhirnya gua boleh nampak betapa sayangnya bapak gua kat anak-anak dia. Sampai ke hari nie, bapak gua yang umur lagi 1 tahun nak pencen, masih bawak motor dan hantar adik gua ke sekolah pula. Masih naik honda, cuma honda dia dah upgrade ke model baru. Honda Wave.

Ada la sekali tu, gua nak belikan skuter supaya tak payah dia penat-penat tukar gear guna kaki. Skuter kan mudah, break kat tangan, gear takde. Press aje pastu jalan la skuter tu. Tapi bapak gua reject. Katanye, dia lebih suka motor ada gear, best. Gua akur. Bab kereta pun sama. Gua suggest beli Auto tapi dia nak juga yang Manual. Biar lah. Asalkan dia bahagia, hati gua pun tenang.

Gua akui yang gua bukan dari keluarga berada. Jadi, berbekalkan gaji bapak gua yang keje kerani tu, membesar jugak la adik beradik gua. Mak gua tak keje tapi mak dan bapak gua boleh jaga gua adik beradik sampai ke hari nie. Abang gua pun sampai dah kawin. Mak gua dulu pernah cuba keje, tapi oleh sebab gua nie susah nak tinggal dengan orang lain or taska, jadi mak gua amik keputusan untuk jadi suri rumah sepenuh masa.

Jadi, bukan senang kan nak jadi mak bapak. Kalo susah hati atau tak cukup duit pun, tetap takkan tunjuk kat anak-anak. Sedang gua continue mengelamun, tetibe pintu cermin kete gua di ketuk kuat. Tak! Tak! Tak!. Gua jeling tak puas hati. Sekali pakcik Polis da.Gua turunkan cermin kete dalam keadaan gelabah. Nasib bukan kete Proton, laju je cermin gua turun.

"Encik, pakai tali pinggang, kalau tak saya saman."

"Maaf pakcik!"

Fuh! Sib bek tak kena saman!.

May 24, 2014

Hidup Universiti 4

Habis jer trip ke Kuantan dulu, gua dan bebudak planning plak nak ke Genting. Ape? Genting? Takpe, bukan gua niat nak pergi main casino pun. Saja nak jalan-jalan habiskan duit PTPTN. Alasan budak universiti yang tak cemerlang. Maka tiba la weekend ke 2 gua di Jengka, packing jer baju ala kadar, terus jalan menuju ke bus stop Jengka. Haish..uzur bus stop nie, umpama hidup pun malu-malu. Mungkin kalau takde budak-budak universiti kat sini, mungkin tak hidup universiti nie. Gitu la pemikiran gua sewaktu tu. Cetek dan suka pandang rendah.

Dari Jengka, kitorang plan ke Temerloh, kemudian ke Bentong lepas tu baru lah amik bas ke Genting. Tahap perjalanan yang amik masa lama gila (6 jam) sedangkan gua rasa kalau gua ke KL dulu lepas tu ke Genting lebih bagus dan tak buang masa. Tapi, masa tu mana ada smartphone, traveller guide apps mahupun waze. Jadi, kitorang ikut saje arahan orang-orang kat sana. Kononnya dorang lebih pakar berbanding budak-budak macam kitorang nie. Bayangkan gerak pukul 9 pagi, tapi hampir pukul 3 petang baru la sampai Genting. Perghh..dah petang, ape la sangat aktiviti yang dapat kitorang lakukan. Tapi dengan tahap kekreatifan yang ada, pelbagai aktiviti boleh dilakukan sehingga jam 2 pagi.

Antara aktiviti yang sempat gua lakukan bersama kanak-kanak riang (bebudak gua la..) adalah bermain bowling, amik gambar kenangan (kaedah selfie belum wujud lagi masa nie), main tembak-tembak, karaoke, makan Kenny Rogers dan semua aktiviti indoor. Yelah..indoor je sebab masa tu dah petang, kalau main outdoor, rasa cam rugi sebab tinggal bape jam je lagi. Nak tengok wayang, tapi masa tu takde citer best pulak. Pastu kat Genting, ada 1 port kedai mamak kat area parking kereta dia. Gua tak ingat la level berapa, tapi yang penting, kat situ la makan n minum paling murah. Kalau setakat nak rasa minum air kopi panas kat tempat sejuk, tak payah la pergi Starbuck kalau tak mampu. Mamak sudah la..walaupun rasa dia tak sama. Hehe.

Ada gak satu time tu, kitorang masing-masing cabar diri sape yang boleh tahan sejuk kat Genting. Maka semua pun bukak la baju sampai tinggal boxer. Siap ade budak gua sorang main lari-lari pakai boxer yang hampir nak tercicir tu. Bengong betul! Nasib baik takde orang nampak. Dan nasib baik zaman dulu tak canggih, kalau tak, dah masuk facebook gambar boxer tu. Haish..kenangan.

Jalan punya jalan tetiba jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Dan pada waktu tu la gua dan bebudak baru terfikir nak tido kat mane. Hotel sume penuh pulak. Yang kosong adalah surau. Surau pun surau la..janji boleh baring sekejap pun jadi la. Berbaring la kitorang kat surau tu sambil tunggu matahari keluar. Kesejukkan yang melanda dengan tiba-tiba membuatkan gua dan rakan-rakan menjadikan sejadah sebagai selimut. Itu pun tak dapat kaver sejuk. Memang sejuk sangat! Baru jer gua nak lelap tetiba pakcik guard masuk. Akibatnya, semua kena halau keluar surau sebab kat surau tak boleh tido.

Last-last kitorang lepak kat mamak sampai siang. Pastu naik bas balik KL. Kemudian dari KL naik bas balik ke Jengka. Rasa sekejap tak macam masa datang Genting. Waktu la baru kitorang sedar yang salah teknik nak datang Genting. Naik jer bas ke Jengka, memasing berjanji nak datang lagi skali ke Genting. Tapi hampeh! Sebabnya.....duit PTPTN dah habis.

May 13, 2014

Hidup Universiti 3

Dari Jengka ke Kuantan, masa yang di ambil lebih kurang 2 jam. Tapi tak semena-mena dalam masa 1 jam 30 minit dah sampai. Mane taknye, kalo dah bawak van Nissan macam bawak Nissan Fairlady. Siap dapat package minyak mati tepi jalan lagi. Gua jugak yang nak kena pergi carik stesen minyak terdekat. Pakcik van nie pun satu hal, repair la meter minyak tu. Dah tak pasal-pasal gua kena jalan kaki carik stesen minyak kat kawasan yang gua sendiri tak familiar.

Seketika gua dan bebudak gua sampai di Kuantan, kitorang terus ke pantai. Berlari-lari ala bangang menuju ke laut macam dah lama tak jumpa air. Cuma air yang nie masin skit. Mandi laut serba serbi lepas tu lupa plak yang memasing takde bawak extra baju. Tapi takpe, PTPTN kan ade. Setakat nak shopping waktu tu, memang takde hal la. Tu yang sampai sekarang duk menanggung hutang PTPTN tu. Padan muke gua.

Lepas ke pantai, kitorang menuju plak ke Kuantan Megamall. Nak dijadikan cerita, hati masing-masing nak main roller coaster, tapi kena pergi Genting baru boleh main, jadi bebudak nie masuk la parking pusing-pusing yang menuju terus ke tingkat atas sekali. Dengan slumber laju, lebih kurang 100kmj, si kudo (salah satu nama kawan gua) bawak la van tu penuh yakin skali berpusing-pusing ala-ala roller coaster. Sekali sampai atas, semua muntah-muntah dalam van.

Oleh sebab kat Jengka takde wayang, (nie pun alasan), jadi gua dan rakan-rakan pergi la beli tiket wayang konon nak tengok wayang dulu sebelum balik. Citer tengah hot waktu nie, citer King Kong tu.

Tiket wayang yang ada pada waktu tu, pukul 11 malam. Gate universiti gua tutup pukul 10 malam. Tapi oleh sebab hati tengah remaja masa nie, jadi ape ade hal kalo setakat nak overnight 1 malam. Kumpul-kumpul duit lepas tu beli la tiket wayang tu. Tapi masa tu masih petang lagi, jadi kitorang pun habiskan la saki baki duit yang ada kat Megamall nie. Sekali sekala datang kan, so kena la shopping skit. Maklum la, duit PTPTN baru dapat waktu nie.

Masa untuk tengok wayang akhirnya tiba, dapat jer tempat duduk, secara tiba-tiba gua terus tertido sampai cerita habis.

"Wei, bangun la. Movie dah habis."

"Eh..kita bukan dalam hotel?" Jawab gua secara mamai.

"Otak kau hotel. Dah, jom balik."

"Erk..jauh lagi nak balik Jengka."

Dan jam pada waktu tu baru jer pukul 1 pagi. Gate pulak bukak pukul 6 pagi. Memang jawapannya, gua dan kawan-kawan tersadai tido kat R&R Kuantan. Bertilam kan kerusi simen, memasing berdengkur sampai la pukul 6 pagi. Kalo diikutkan hati, memang tak nak berhenti. Tapi masa mula-mula masuk highway tu, gua dan kawan-kawan terserempak dengan Tapir kat tengah jalan. Boleh pulak cik Tapir nie lepak kat lorong laju. Mula masing-masing kerisawan takut terserempak dengan benda-benda ghaib ke ape kan dan kitorang amik keputusan untuk lepak jer kat R&R sampai hari dah cerah skit.

Tiga, empat tahun lepas kejadian jumpa Tapir, gua ade terbaca kat suratkhabar Kosmo tentang Tapir kena langgar kat highway Kuantan. Memori gua terflash back tentang Tapir yang kitorang jumpa dulu tu. Kitorang mati-mati ingat Jin!

Hidup Universiti 2

Keinginan gua menyambung cerita kehidupan di universiti sama seperti keinginan seorang ibu mengandung yang mengidam nak makan durian. Selagi tak dapat tulis, selagi tu la gua teringat-teringat dalam kepala otak gua. Moga lepas habis taip nie, kurang la skit bebanan ingatan gua yang kadang-kadang tu tahap short term memory lost. Ape memory loss? Ah..buat-buat faham sudah. Tak kuasa gua nak terangkan subjek Sains pulak.

Sejurus selepas gua amik kad matrik yang panjangnya seperti ketika gua beratur nak beli ais krim Baskin Robbins ketika hari diskaun dorang 31 percent tu, gua pun terus ke hostel (Masa nie Mak dan Ayah gua dah selamat balik, 30 minit jer dorang datang hantar gua masuk universiti, konon nak bagi gua rasa hidup berdikari, ceh alasan! Sebenarnya dorang nak pergi jalan-jalan lepas tu. Tapi takpe, diorang hantar juga sebab ada yang gua tengok datang sendiri naik teksi jer. Arakian gua pun pergi la mencari tercari-cari mane satu bilik gua. Dan, seketika gua perasan yang setiap bilik ade 4 katil yakni 2 set katil double decker. Ah sudah, gua nie dapat tidur katil atas ke katil bawah. Untuk yang kurang menggunakan tekonologi Google, katil double decker tu macam nie:

Tapi tak cantik cam nie la. Potong kuku la kalo universiti gua boleh bagi cantik macam nie. Aiseh..kuku pun kadang-kadang gua lupe nak potong. Tapi takpe, bukan katil ini yang gua ingin sembangkan. Sebab kalo sembang pasal katil, sapa pulak nak baca kisah kehidupan gua kan. Kisah budak-budak bilik gua, nanti la bile rajin, gua ceritakan. Yang ingin gua sembangkan tentang bermulanya persahabatan gua dengan kawan-kawan baru yang satu kepala dan buat sume benda sama-sama. Cuma fail dalam exam jer tak same. Hehe. Maklum la, otak masing-masing tak boleh nak connect via bluetooth. Tapi alhamdullilah, sampai ke sekarang gua masih lagi bersahabat dengan kawan-kawan universiti gua.

13 orang sume skali lelaki dalam course gua, tapi nak dijadikan cerita yang senang dan tak payah gua nak taip panjang-panjang, gua rapat dengan 5 orang budak yang berlainan rumah dan kampung halaman. Dan sejurus selepas tamat Minggu Mesra Siswa yang gua sampai sekarang tak dapat nak tangkap ape tujuan Minggu tu dibuat, bebudak nie rancang nak g jalan-jalan. Gua waktu nie seorang yang agak lembab skit dan kaki setuju jer dengan ape plan dorang. Jadi dorang pun bisik-bisik pastu suruh gua tunggu kat luar gate universiti tu.

Gua pun jalan penuh tabah menuju ke gate. Ah lupa plak nak bagitaw. Gua belajar kat Jengka, kawasan penuh hutan yang aman damai dan babi hutan. Kenapa babi hutan? Sebab gua sendiri terserempak cik babi tu datang ketuk bilik hostel tingkat bawah. Tak ke menggila babi-babi di Jengka nie. Siap gua jumpa dorang buat mesyuarat rukun tetangga kat ladang sebelah hostel gua. Tapi itu dulu, sekarang gua rasa dah lain, kalo gua diberi peluang pergi ke sana, agaknya boleh sesat. Sebab Jengka dah maju, dulu bangunan paling tinggi 2 tingkat aje, itu pun boleh tenggelam kalo banjir. Sekarang gua dengar siap dah ada stesen bas sendiri ala-ala Terminal Bersepadu Selatan kot. Ok, merepek pulak.

Jadi dari hostel nak ke gate luar tu makan masa dalam 20 minit kot. Tah..tak ingat sangat. Yang gua ingat, tetibe ade sebijik van Nissan Vannette lalu dengan laju dan hon gua. Terkamjat gua di situ sambil terpaku ingatkan hari tu hari last gua kat Bumi, tapi bile gua perati balik, bebudak gua nie yang bawak van tu. Tah mane pulak dorang rembat van Nissan Vannette dalam hutan-hutan macam nie. Betapa gua allergic dengan hutan sewaktu gua mula-mula masuk Jengka nie.

Dan bermula la perjalanan gua bersama bebudak gua walaupun baru jer seminggu gua duduk kat Jengka dan kenal diorang. Seketika tu jugak kitorang cuba merancang arah tuju perjalanan kitorang. Maklum la, masa remaja, tak nampak lagi arah tuju yang betul, kadang-kadang tunggu sampai dapat bala, baru nak sedar diri.

"Wei, kita nak gi mane, balik KL?"

"Ape barang tengok bangunan tinggi-tinggi. Pergi pantai la!"

"Mane nak carik pantai kat Jengka?"

"Bangang, kita kat Pahang la. Teluk Cempedak kan ade!"

"Jauh dol!"

"Ko diam. Aku yang bawak bukan kau."

"Tapi..van ni bukan tak de aircond ke? Dah nak masuk tengahari nie."

"(Semua diam sambil kawan gua yang jadi driver tu tekan minyak laju-laju masuk highway.)"

April 20, 2014

Hidup Universiti

Kegilaan gua bersambung lagi. 3 post dalam sehari. Mungkin jari-jari nakal gua sedang leka menari-nari di atas keyboard nie. Maklum lah, Fatimah mempunyai butang-butang yang lembut untuk disentuh-sentuh. Dengan body yang agak menarik, tak gemuk macam laptop lain dan ultra slim, mungkin ini sebab untuk gua memilih Fatimah di kedai komputer. Satu ketika dahulu. Alah, 2 tahun lepas la. Dan ini laptop kedua gua, selepas laptop pertama masa gua amik Degree tu diserang virus lembab. Gua dengan lembab memang tak boleh duduk sebumbung. Kalau lembab campur lembab, sape pulak yang nak jadi laju?

Hidup universiti gua bermula ketika gua ambil Diploma. Course yang gua ambil, kebanyakkannya perempuan yang amik. Jadi, nak dijadikan cerita, hanya 13 orang jantan (kalau gua tak silap) dan berpuluh-puluh lagi betina. Bayangkan kalau gua pergi kelas, pandang kiri, perempuan. Pandang kanan, perempuan. Belakang, perempuan. Pandang depan pulak, jantan. Sebab itu lecturer gua. Haha.

Secara tiba-tiba idea gua nak menaip dah habis. Tapi ini sebenarnya alasan sebab Fatimah nie dah nak kehabisan bateri. Walaupun beliau berbangsa Ultrabook dan boleh tahan sekitar 3 ke 4 jam tanpa ada wayar sambung kat plug, tapi kalau dah jenis pemalas macam gua nak cari plug dan pasang, memang laptop yang bateri tahan 8 jam pun akan habis.

Nah, ini gambar Fatimah gua.

Rasa macam salah taip tajuk entry nie. Heh, sengal tak habis gua nie. Eh, takpe lah, janji sebab Fatimah nie, gua berjaya buat bermacam-macam jenis design dan video serta tamat degree dengan tiga kali Dekan. Tiga kali jer, PTPTN tetap kena bayar gak. Hampeh, padan muka gua tak belajar rajin-rajin. Tapi masa zaman Diploma, gua takde laptop mahupun PC. PC si Wan tu lah yang gua duk kerjakan. Sama ada buat assignment mahupun main game. Biasanya game yang lebih, counter-strike, Zuma ape tah, FIFA Football, dan layan movie. Kalau PC tu rosak, gua sendiri pun tak nak mengaku.

Teringat ayat sahabat gua masa gua baru-baru masuk Diploma dulu. Waktu nie gua tengah beratur nak amik kad matrix,

"Kita nie untung sebab masuk course banyak perempuan cantik-cantik. Senang nak carik awek."

Tapi last-last gua tengok dia couple plak dengan budak course lain. Katanya lagi cantik. Fine! Cantik yang kau pilih.

SEKOLAH

Sekali sekala gua buat gila. Update blog 2 kali sehari. Iye la, kalau badan gua boleh berubah dari kurus ke gemok, apesal sikap rajin gua tak boleh? Badan gua nie pun satu, dulu elok jer kurus, makan la banyak mane pun, sehari 14 kali pun, macam tu la jugak. Sekarang, cukup 2 kali sehari, kalau lebih mahu gua melepak macam ular kenyang lepas telan kambing lima ekor. Dah, merepek pulak.

Setiap penduduk kat malaysia gua yakin mesti pernah pergi ke sekolah. Kalau ada yang tak pergi, itu kes istimewa. Takpe, tak perlu nak diperjelaskan. Sejarah gua di sekolah tak ade yang best mana pun. Benda biasa, pergi sekolah, ponteng sekolah, balik sekolah. Tak ada sebarang pencapaian atau kisah best-best untuk gua nak jadikan movie atau drama TV3 mengenai kisah zaman sekolah gua. Oleh sebab tak ada pencapaian tahap international, gua rasa citer gua tak best. Gua kasitaw awal-awal, nanti ada plak yang menyesal lepas baca.

Mungkin sekolah gua sekolah gengster kot (konon). Jadi budak-budak tak berapa bercampur macam gua, takkan ada cerita best yang extreme. Iye, cerita turun temurun pukul budak sana sini, masuk geng sana, pijak geng sini tiada dalam diari gua. Yes, gengsterisme bukan pilihan gua.

Eh, gua baru teringat, dulu ada join hip hop sekejap. Dan kalau ada pertandingan battle breakdance (tarian patahkan pinggang), gua la orang pertama dalam sekolah yang akan angkat tangan. Yelah, sebab masa tu yang lain kebanyakkannya layan Punk, Skin Head, Grunge dan etc. Zaman Gothic belum ada lagi masa tu ye adik-adik. Teringat pulak yang gua selalu jumpa budak-budak dari sekolah lain untuk battle. Port, kawasan bawah Dataran Merdeka. Sebab masa tu, kawasan Dataran Maybank Bukit Bintang belum feymes lagi. Sekarang, nak datang Dataran Merdeka pun cukup susah melainkan gua kena kerja kat sana. Bukit Bintang jangan cakap, takkan gua jejak kalau tak ada kerja nak kena buat, penuh sangat pendatang. Asing dan tak asing. Countdown Hari Merdeka dan New Year memang tak ada dah sejarah untuk gua pergi Dataran nak sambut-sambut. Menjerit-jerit kira nombor. Dulu, lain lah. Tak berapa kenal lagi arah diri. Dan masa zaman hip hop nie, movie yang gua jadikan sandaran, You Got Served kot. Ini kisah gua semasa di Tingkatan 3.

Tingkatan 4 merupakan detik honeymoon gua. Tapi honeymoon gua dengan jantan-jantan setingkatan gua. Cikgu offer untuk join show Hari Merdeka, dapat baju, seluar dan elaun. Tapi hanya terbuka untuk tingkatan 4 sahaja. Mahu tak panas bontot gua dengan bebudak lain, berlari-lari cari Cikgu mintak borang nak join. Latihan makan masa 2 bulan ke 3 bulan rasanya, tapi hasilnya, result ujian gua 'cantik' sangat. Masa nie la kejadian gitar kesayangan gua yang gua beli guna duit raya mengalami eksiden patah tulang. Dibuat oleh mak gua. Tapi takpe, gua bangga gak sebab dapat turut sama meraikan Hari Merdeka. Dan berkenalan dengan gadis-gadis dari sekolah lain. Oleh sebab tu gak bapak gua terpaksa datang ke sekolah dan ambil report kad gua. Dan secara tak langsung gua berjanji dengan Cikgu kelas gua untuk bangkit semula di Tingkatan 5. (Perangai kaver line sebab tak nak kena sebat balik rumah karang)

Jadi gua pun bangkit la, belajar siang dan malam, masuk perpustakaan, buat ulangkaji pelajaran dengan cikgu, buat study group, pergi tuisyen setiap malam. Tapi tak lama, sebulan lepas tu, gua dah mula lupa diri. Sebab gua lagi sibuk main sukan dari belajar. Bola tampar, bola baling, bola keranjang, bowling dan catur pun gua join. Bowling tu tipu. Itu aktiviti hari Sabtu kat Times Square. Oh, bola sepak tak boleh, sebab masa tu hanya kroni-kroni jer yang boleh pergi selection. Politik sungguh! Tapi takpe, asalkan gua dapat wakil sekolah untuk sukan lain. Penuh juga ko-kurikulum gua dalam sijil sekolah. Tak sia-sia gua turun training hari-hari umpama atlet Malaysia nak main untuk Olimpik. Sebab habis jer SPM, terus dapat panggilan interview masuk Universiti. Tapi sebelum sampai ke kisah kehidupan kat zaman Universiti, gua da start buat spoil. Gua memang suka spoilkan hidup gua. Mana taknya, pergi interview, gua bawak diri je, konon ilmu dah cukup penuh di dada. Artwork, resume, sijil sekolah sekolah apa pun tak bawak. Konon Hebat sebab banyak wakil sekolah. Hasilnya, padan muka gua. Tak dapat masuk universiti. Jadi gua pun teruskan kehidupan gua di Tingkatan 6. Ape? Sekolah lagi?!

Tingkatan nie merupakan tingkatan yang jarang-jarang sekali bebudak kat Malaysia nie join. Sebab susah kot exam dia. Gua tak tahu la exam dia susah ke tak sebab gua sendiri ponteng exam. Tapi gua ponteng sebab masa tu dah dapat panggilan kedua masuk Universiti, so gua konfiden je la ponteng. Sepanjang 6 bulan gua buat Tingkatan 6 rendah, banyak yang gua pelajari dan ajarkan kat bebudak sekolah nie. Mungkin sebab environment dorang yang lebih skema berbanding sekolah gua sebelum nie. (Sekolah lama gua hanya ada sampai Tingkatan 5, jadi gua pindah sekolah lain masa nie). Keluar masuk bilik disiplin dah memang jadi rutin gua masa nie. Tak tahu apesal, sikap memberontak nak lawan peraturan sekolah masa nie memang sangat tinggi. Setinggi semangat perajurit negara melawan musuh. Kalau lah gua gunakan sikap tu untuk perkara yang lebih positif. Teringat masa kes gua bawak hanphone Nokia 3310 ke sekolah, seluruh agensi pengawas sekolah dikerahkan untuk kejar gua. Rasa tak aci pula, dulu gua pengawas,gua kejar orang, pastu nie orang kejar gua pulak! Sekali lagi, bapak gua terpaksa datang ke sekolah. Dengan muka penuh sedih, gua hadap jer la 2 kali sebatan cikgu disiplin gua. Sakit? Jangan cakap la, tapi sebab kesakitan tu la gua jadi orang berguna di masa sekarang.

Zaman sekolah, memang banyak perkara manis dan pahit yang buat gua tertawa bile dikenangkan balik. Dan kehidupan sekolah nie sememangnya best sebab kita tak ada banyak benda nak kena fikir. Hanya tahu, datang sekolah, main. Balik rumah pun main. Esok tak fikir pasal jalan jem nak pergi sekolah. Pepandai la pemandu bas sekolah tu fikirkan. Tak kurang juga, atas sebab nasihat Cikgu Bahasa Inggeris gua semasa di Tingkatan 6, membuatkan gua terus berubah dan menuju ke jalan yang gua sedang lalui sekarang nie. Masih terngiang-ngiang lagi ayat Cikgu gua tu walaupun dah 10 tahun zaman sekolah berlalu. Sambil termenung pandang gua dalam bilik disiplin:

'If you don't have a chance to prove yourself in here, go outside and face another world. Every people have their own journey. I bet you can be a better person than you are now."

Tidak semena-mena terus gua click butang setuju kat surat penawaran masuk universiti gua. Pastu sambung main Counter-Strike.

DIARI MASA LALU

Setelah gua memilih untuk tengok DVD citer “Freedom Writers”, sejenak gua terfikir, idea movie nie bagus la. Dan lantas gua capai lappy gua yang diberi nama Fatimah nie, gua bukak pelan-pelan lalu gua carik suiz On. ‘Alahai..lembab pulak nak on..’ Gua bermonolog kejap. Yela, mana ada lappy pandai cakap, kalau Fatimah nie pandai cakap, mahu pengsan dan berbuih-buih mulut gua umpama diserang sawan kebabian. Ok, fullstop. Bukan itu yang ingin gua sembangkan.

Citer freedom writers nie secara ringkas dan pemalasnya gua nak taip, adalah berkisarkan tentang seorang cikgu, ofcoz Mat Saleh, yang ajar students beliau yakni dari pelbagai kaum dan bangsa, berkulit gelap (hitam), coklat, kuning-kuning skit sampai la putih melepak. Macam-macam ragam dan cabaran. Ok, gua tak dibayar untuk menceritakan tentang citer nie dan gua rasa bodoh skit kalo taip panjang-panjang sedangkan pakcik Google dan makcik Wikipedia dah ada buat sinopsis dan plot pasal citer nie sejak berkurun lamanya. Cuma yang gua suka adalah idea mendidik pelajar-pelajar beliau untuk menulis diari. Definisi lebih dalam, berkongsi.

Heh…diari. Masing-masing punya diari atau cerita diri sendiri. Gua gak tidak terbabas untuk ada cerita sendiri. Cuma gua tak diari kan cerita gua. Kalau ada pun diari, mesti sama dengan yang lain, cuma bezanya, nama watak dan jalan cerita. Atau, gua buat main roket. Lebih parah, tulis surat cinta kat budak kelas sebelah, gelfren otai sekolah.

Teringat sewaktu gua dengan rakan baik sekolah menengah gua, Shahrul nama dia, waktu nie gua tengah ponteng perhimpunan. Maklum la, gua kan pengawas, tugas hari Isnin gua, jaga pintu pagar belakang sekolah. Shahrul pun pengawas. Jadi, dengan sedikit otak yang cerdik, gua sering ingat yang pagar sekolah tu pandai jaga diri. Besi kan, paling-paling kuat kalo kena langgar kete pun, kemek aje. Jadi gua tinggalkan pagar tu kesepian. Bersama Shahrul, gua menuju ke kedai mamak tak jauh dari sekolah. Sarapan pagi. Seolah-olah seperti seorang pekerja swasta yang masuk pukul 8pagi. Smart dengan tali leher. Beza cuma dorang mungkin pakai Calvin Klein cap Jalan Pasar, gua original logo sekolah.

Alasan gua paling logik. Sekolah masuk pukul 7.15pagi, perhimpunan habis pukul 8pagi. Nampak tak? 45 minit masa gua terbuang melayan pelajar-pelajar masuk lambat.

‘Kau yang lambat, aku yang kena tengok kau berdiri 45 minit?’

Ceteknya pemikiran gua waktu tu. Memang patut gua tak dapat jadi Ketua Pengawas. Kalo dapat..

Nasi lemak sambal lebih dan telur separuh masak itu makanan wajib. Tak dewasa la kalo tak kena. Waktu tu la. Siap teh tarik buih lebih, konon sembang pasal kerjaya. Padahal ujian pertengahan tahun, B pun susah nak dapat. Nasib gua dikurniakan bakat seni. Dapat juga jadi 10 yang terbaik sewaktu join Pertandingan Melukis Sukan Komanvel dulu. Alah lukis gambar maskot aje, bisik rakan sekelas gua, Khairuddin secara sinis. Atleast ada, dari tiada. Bijak gua tak lama, gua kantoi gak. Tah ape plak cikgu gua buat kat mamak tu. Sambil pegang cawan nescafe, beliau sound gua.

‘Pergi balik sekolah!”

Gua respon dengan soalan yang gua dah pernah praktis sebelum nie.

“Kitorang kejar budak ponteng sekolah cikgu. Tadi dorang lalu kat kedai mamak nie.”

Secara sengaja gua dapat 5 sebatan. Dompet kat poket belakang kena bawak keluar. Dan tak pulak gua pergi report kat suratkhabar .

Cerita sekolah menengah gua. Bukan budak skema, cuma kadang-kadang suka duduk dalam perpustakaan layan Monolog Sasterawan. Itu pun masa subjek akaun. Gua drop subjek tu, alasan tak pandai matematik. Tapi dah besar nie, pandai plak gua kira duit gaji bulan-bulan masuk keluar.

Dan gua terkenang arwah gitar gua, mak gua hentak kat pintu sampai berkecai. Sadis. Alasan paling masuk akal, ujian akhir tahun Tingkatan 4 gua, semua D sebab gua sibuk main gitar. Padan muka gua. Kalau boleh refresh balik, mesti gua nak skor semua A. Dapat gak gua jadi pemain gitar handalan tak pun penyanyi macam Adam Levine tu.

Tapi, jantung gua selalu berbisik “perkara yang paling jauh dengan gua ialah, MASA LALU”. Kalau boleh kembali.

April 12, 2014

Faktor Umur

Tiada tajuk yang gua rasa sangat sesuai. Jadi gua letak aje tajuk atas tu sebagai dorongan. Jangan marah, gua insan biasa persis Tom Cruise (Kasi la gua berangan skit!).

Peh..skit punya lama tak update blog gua. Agak-agak kalo setahun sekali, ok kot. Inipun sebagai aktiviti masa lapang, so takde la gua terjebak ke alam dadah, maksiat, buat keje takde faedah, pegi club, disko dan dangdut! (Sambil gua jeling-jeling tengok follower gua, 33 orang, ok what! dari takde langsung.)

Jadinya, inilah entry pertama gua di tahun 2014 di bulan April dan gua yakin bukan yang terakhir di tahun ini. Heh, gua memang over konfiden, maklum la, budak-budak kelahiran bulan November nie, dia punya konfiden lain skit. (Mana bangla kopitiam nie, aku da duduk sejam pun tak amik order lagi).

Jadi sejak entry terakhir yang gua buat pada October 2013, perjalanan hidup gua pun semakin hari semakin menampakkan kebiziannya. Yelah, budak event kan, gua keje bukan takat duduk depan PC sambil main smartphone aje. Keluar masuk office jumpa client, coordinate itu ini, buat arrangements, booking, pre event, post event dan kebanyakkan alasan lain untuk buat gua tak duduk depan PC. Kalau dah 8 jam gua melekat kat kerusi, mahu gua berehat sekejap tidur dalam tandas (posisi terbaik gua, menghadap lubang tandas, kepala letak kat atas tempat pam tu..eh, korang jgn memandai nak try!). Otak gua boleh tepu kalo duduk lama-lama tengok PC nie. Tahap silau pun gua hagak, dah lebih 250 nie. Kenapa gua cakap silau? Ye, kalo rabun, da macam kiasu sangat sebutan gua.

Tanggal 2014, gua rasa gua akan pergi ke next level. Maksud next level gua, umur! Umur gua yang dah lanjut nie menyebabkan kalo setiap kali balik kampung atau berjumpa sedara mara, pakcik makcik, jiran sebelah, jiran tak sebelah dan sebagainya, semua akan tegur dengan soalan penuh sopan, "Kau bila nak kahwin?". Biasanya gua akan respon secara slumber, iaitu "nak sponsor ke?". Setakat ni, itu jer jawapan terbaik yang gua boleh bagi (akibat kurang membaca). Kau gila, kalau zaman sekarang nak kawin, duit dalam bank ada Sepuluh Ribu Ringgit Malaysia, jangan mimpi la dik. Duit catering + pelamin pun tak lepas! Ini sebab gua duduk kat bandar, kalo makan tengahari kat kedai mamak biasa pun dah cecah Lapan Ringgit, bayangkan kalo 1000 orang nak datang kali Lapan Ringgit makan tengahari. (RM8 x 1000 =(RM8000). So tinggal lagi Dua Ribu Ringgit untuk diguna pakai, mungkin boleh improvise, sanding tak payah pelamin, photographer, kompang, kenduri doa selamat, baju-baju sanding, photobooth (trend sekarang), duit hantaran pun tak payah. Mungkin. Tapi terpulang, jangan diikut ayat gua ni, gua bukannya pakar motivasi, hanya tahu cakap sesedap mulut makan ice cream Baskin Robbins, (perisa Jamoca Almond Fudge). Mungkin ramai akan kutuk gua selepas ini, tapi well, itu hakikat. Dan gua tak suka berdebat.

Sedap. Setakat hari nie, gua masih belum jumpa makanan yang sedap, mungkin sebab Pakcik mengaji (arwah) gua dulu ajar, makanan yang paling sedap adalah di Syurga. Kesedapan yang ada (sewaktu gua taip nie, tengah pekena Nasi Lemak), hanya duniawi. Cukup disitu. Gua tak arif, nanti disalah erti. Karang ada yang tabur fitnah, walaupun gua bukan artis mahupun selebriti, tapi hidup kita semuanya sama. Kenapa sama? Sebab setiap orang akan dinilai oleh orang lain tanpa disuruh. Baik mahupun buruk. Itu fakta. Dan gua sendiri tak terlepas dari membuat perkara yang sama. Maaf!

Eh, makin lama makin panjang plak gua nak taip. Padahal isi entah apa-apa. Kalo ada yang baca, gua hagak, sampai perenggan pertama lepas tu tukar bukak fesbuk, twitter mahupun instagram sambil tengok muka selfie atau ootd orang lain. Entah kenal entah tidak. Ikut suka gua lah. Atleast, kalo ada yang otak canggih persis Albert Einstein, rasanya boleh faham apa yang gua cuba sampaikan jauh di sudut sanubari.

Mak gua suka buat lawak di awal pagi. Ada la satu hari tu sebelum gua nak pergi keje, tengah siap-siap pakai stokin, mak gua akan cakap: "Ekau kalo nak carik jodoh, biar orang Melaka atau KL." Gua dengar sambil terkedu kehairanan. Lalu gua tanya, "Kenapa Melaka dengan KL, mak?". Heh, jawapan ringkas dari mak gua, "Sebab Mak orang Melaka tapi Mak duduk KL." Terus gua capai kunci kereta Ford gua yang diberi nama Latifah dan berlalu pergi. Bisik hati gua, "Kalo mak aku orang Amerika tapi duduk Brazil, gasak aku nak carik jodoh orang Amerika atau Brazil. English education pun tak pernah habis."