June 10, 2018

Raya di Kuala Lumpur #KL

Entry ni gua sajikan untuk korang yang baru nak up nak beraya di kotaraya Kuala Lumpur. #kotarayaku

Keluarga gua mula beraya di Kuala Lumpur sekitar tahun 1998 dan kiranya dah 20 tahun gua merasa beraya di KL ni. Gua boleh agak ramai rakyat yang balik kampung tentu tak faham dengan feel raya di KL. Rasa dia lain kot. Rasa tenang, aman dan damai. Tak macam Alam Damai, harap nama je, hari biasa pun jalan jem jugak. So gua listkan kat sini antara aktiviti-aktiviti yang korang boleh buat semasa Hari Raya korang kat KL. Terutamanya sejurus selepas solat sunat Hari Raya dan melawat ahli keluarga (mengepau duit raya).

Tengok Wayang

Yes, memang rasa pelik bila gua sebut tengok wayang di hari raya. Tapi percaya la, bila kau layan wayang marathon dari petang sampai ke midnight, kau akan rasa panggung wayang tu kau punya. Kau tak perlu beli tiket online konon takut tiket habis, kau tak perlu beratur kat kaunter beli tiket, nak beli popcorn pun tak sampai 5 minit dah dapat. Bab seat dalam wayang,jangan risau la. Nescaya kiri kanan kau akan kosong. Siap pakej boleh letak kaki kat seat depan. Kau nak tidor terus pun takde hal la. Wayang tu milik kau hari tu.

Shopping

Rasa pelik gak kan? Tapi percaya la cakap gua. Masa tu lah masa untuk kau habiskan semua duit gaji dan bonus kau dengan aman. Seperti biasa, kau akan terasa macam Raja atau Permaisuri sebab kau tak perlu beratur nak masuk fitting room, beratur panjang nak bayar macam kat AEON tu atau berebut troli macam kat Tesco. Dan selalunya promosi hari raya bermula dari bulan puasa sampai ke raya, jadi kau masih lagi beruntung sebab membeli dalam tempoh promosi. Gua pernah buat sampai gua rasa Pavilion tu bapak gua ada beli saham dia skit la. Dan kalau kau rasa IKEA tu sentiasa penuh je, kau datang lah masa Hari Raya, nescaya kau boleh baring-baring dalam showroom umpama check in hotel 5 bintang.

Melawat binatang

Ini untuk korang yang ada anak kecik atau anak ramai yang kemudiannya tak rasa tempat indoor sesuai dengan tema raya kau. So kau pergi la Zoo Negara. Nak kecik skit, kau pergi la Farm In The City tu. Tak ramai wei orang nak beraya dengan binatang. So masa ni la kau boleh rasa nak belajar pasal haiwan-haiwan yang ada yang sebelum ni kau tak pernah nak ambil tahu pun. Atleast selain bergembira di Hari Raya, kau dapat ilmu jugak.

Pergi Pesta Buku

Untuk korang yang kaki buku, selalunya semasa cuti Hari Raya, kedai buku Popular memang suka buat pesta buku kat KLCC Convention Centre sana. Gua rasa nama dia Popular Bookfest. Diskaun buku, stationery, gadget banyak gila kau boleh dapat kat sana. Kau boleh berjalan dari Hall 1 sampai ke Hall 5 mencari buku. Gua tulis pendek je sebab ni bukan entry berbayar. Kah!Kah!Kah!

Mandi Sungai / Pantai

Yes, ini lah masanya untuk kau layan Sungai Gabai, Sungai Tua, Air Terjun Kemensah, Pantai Teluk Kemang, Pantai Cahaya Bulan, Teluk Cempedak, Cherating dan lain-lain lagi. Masa ni lah kau boleh berenang ber jam-jam lamanya tanpa perlu risau terlanggar orang lain yang turut serta mandi manda. Tapi malang skit sebab masa ni, kalau kau lapar, kau kena bersabar. Sebab belum tentu restoran-restoran berdekatan bukak. Kau tetap kena cari kedai Fast Food cam McD atau KFC bila lapar. Dan kadang-kadang tu kau kena hadap muka-muka budak kaunter yang agak berangin sebab tak dapat cuti raya.

Federal Highway

Yang gua paling seronok masa raya ni adalah Federal Highway jadi tak jem! Ada satu masa tu, masa tu gua tingkatan 6, gua boleh baring kat Federal Highway berdekatan Tol Batu Tiga sebab masa tu takde kereta langsung nak lalu. Memang aman damai gua baring sambil tengok awan biru. Gua rasa baring kat Highway tu rasa macam baring kat tepi pantai. Sama je panas dia rasa. Yang beza skit, ada bau hangit tayar dan tar.

Ini je la antara yang gua boleh suggest. Yang lain, terpulang lah kat kau. Jangan malam Raya kau masuk Club sudah. Itu babi namanya. Kau layan la Hari Raya tu sambil mengadap muka family, sedara mara, rendang daging, lontong, ketupat, lemang, kuih suci dalam debu berserta sirap takde jenama dan mercun.

Oh ya, list yang aku buat ni berdasarkan pengalaman 20 tahun lepas. So kau jangan percaya sangat la. Sebab sekarang ni macam dah ramai pulak bebudak sibuk nak raya kat KL. Nak-nak plak geng raver sibuk nak tawan KLCC.Gi la balik kampung kau!

Nota kaki: Hati-hati di jalan raya. Kau yang bawak macam setan dan suka guna emergency lane tu, kau BABI. Selamat Hari Raya!

No comments:

Post a Comment