May 22, 2018

Puasa 2018 & Kau

Gua tak faham bila mana...

Malam tadi kau niat puasa, sebelum subuh kau bangun sahur, kau solat subuh pastu tidor balik. Bangun balik siap pergi kerja. Ada masa jap sebelum waktu kerja, kau bukak Facebook, kau nampak post pasal gejala politik semasa, kau pun turut pun komen. Kadang-kadang masa kerja pun kau tibai main phone mahal kau tu:

"Najib ni memang penyamun,perompak"

"Najib ni, Najib tu, Rosmah ni, Rosmah tu..."

Eh, kau puasa ke tak?

Waktu lunch, ada masa skit, ko pergi tidor. Katanya dapat pahala. Abah kau dapat pahala kau tidor sampai sejam! Masa rehat ni la kau guna untuk muhasabah diri kau, banyakkan berzikir, solat tepat pada waktu. Ini tak, lepas waktu lunch baru kau sibuk nak pergi solat, hilangkan diri 15 - 20 minit. Kang waktu asar ko hilang lagi. Waktu keje ko 2 jam je, selebihnya ko mengular bawak sekeping kertas dari tingkat atas sampai bawah.

Eh, kau puasa ke tak?

Pukul 2 petang, kau dah start bergossip. Polan tu macam ni, polan ni macam tu. Habis satu rakyat jelata kau kongsikan kisah mereka. Kalau pahala puasa tu boleh ukur dengan bintang, mahu pahala kau tinggal satu bintang bila masuk waktu petang. Pantry dari kosong masa bulan puasa boleh jadi penuh dengar kisah gossip kau, makcik bawang.

Eh, kau puasa ke tak?

Orang nak ke bazaar, ko pun nak ke bazaar. Habis satu Malaysia bazaar kau pusing. Janji nak belanja sepuluh ringgit, tapi habis semua kau beli dari gerai no 1 sampai hujung. Nafsu kau masa setan kena ikat dengan tak ikat tu sama eh?

Yang kau menjual tu pun satu hal, harga nak tinggi, hasil nak ciput. Asal kuih muih ko banyak isi oksigen dari inti? Mee Kari kau pun lebih kuah dari Mee. Air kau, banyak gula dari perisa. Belum Maghrib lagi kau dah nyorok belakang gerai sedut sirap limau ais.

Eh, kau puasa ke tak?

Solat tarawikh selalunya ramai masa minggu pertama. Minggu kedua dah sibuk nak buat persiapan raya. Minggu ketiga nak beli barang nak masak raya. Katanya lagi lambat nanti terpaksa bersesak dengan orang. Lagipun tengah waktu promosi. Ko lupa promosi raya start bila?

Kau yang buat promosi pun. Agak-agak la. Hari ni baru puasa, malam ni dah promosi raya? Apa kau ingat bulan puasa ni sebab nak fokus promosi raya kau je ke? Ye, semua orang buat. Tapi tak semestinya apa yang semua orang buat tu benda betul dan tak semua orang tu benda salah. Kau je gedik, promosi sana sini.

Eh, kau puasa ke tak?

Kau jemput anak yatim, bagi makan, bagi hadiah. Tapi kau jemput VVIP dan kau layan VVIP lagi mulia dari kau layan anak yatim tu. Objektif kau dah lari kak. Kau nak meraikan anak yatim ke VVIP? Tunggu kau jadi anak yatim, kau tahu la nanti. Asyik dijemput sebagai penaik seri majlis je. Kau tak hargai masa diorang datang ke majlis kau. Niat kau baik, tapi cara kau salah. Last-last majlis berbuka penuh gambar kau dengan VVIP dan crew kau. Anak yatim yang kau raikan tu mana?

Eh, kau puasa ke tak?

"Tq biey, teman I berbuka hari ni" kata Nana kepada Fat(Fatimah)

"Tq sayang, ajak I berbuka di Pizza Butt hari ni" kata Alif kepada Azman.

Kes sebegini makin lama makin menjadi. Seolah-olah dah jadi trend budak masa kini. Kau boleh respek Islam tu tak? Bagus kau puasa, yang tak bagus tu cinta terlaknat kau tu. Gua tak nak jadi ustaz, nak ceramah kat sini. Gua tahu, deep dalam hati tu, kau sendiri tak nak masuk neraka. Tapi kau sendiri kena tahu yang syurga tu bukan percuma. Benda mudah, kau kena cucuk donut dengan garpu. Bukan donut dengan donut, garpu dengan garpu.

Eh, aku puasa ke tak?

Sama ada kita puasa atau tak? Kadang-kadang tu kita tak sedar niat baik kita boleh jadi betul, boleh jadi salah. Jadi, gua menegur atas dasar gua ada hak untuk menegur. Dan kau boleh reply sebab kau ada hak untuk menolak.

Marah ke? Bagus la. Sebab tu tandanya Tuhan dah tiupkan hidayah kat hati kau untuk berubah.

"Mak,aku lapar!" Panggggg!!!! "Kau tak puasa?" Sejenis mak gua yang pentingkan penampar daripada mak bapak yang pentingkan anak main gajet.