Citer freedom writers nie secara ringkas dan pemalasnya gua nak taip, adalah berkisarkan tentang seorang cikgu, ofcoz Mat Saleh, yang ajar students beliau yakni dari pelbagai kaum dan bangsa, berkulit gelap (hitam), coklat, kuning-kuning skit sampai la putih melepak. Macam-macam ragam dan cabaran. Ok, gua tak dibayar untuk menceritakan tentang citer nie dan gua rasa bodoh skit kalo taip panjang-panjang sedangkan pakcik Google dan makcik Wikipedia dah ada buat sinopsis dan plot pasal citer nie sejak berkurun lamanya. Cuma yang gua suka adalah idea mendidik pelajar-pelajar beliau untuk menulis diari. Definisi lebih dalam, berkongsi.
Heh…diari. Masing-masing punya diari atau cerita diri sendiri. Gua gak tidak terbabas untuk ada cerita sendiri. Cuma gua tak diari kan cerita gua. Kalau ada pun diari, mesti sama dengan yang lain, cuma bezanya, nama watak dan jalan cerita. Atau, gua buat main roket. Lebih parah, tulis surat cinta kat budak kelas sebelah, gelfren otai sekolah.
Teringat sewaktu gua dengan rakan baik sekolah menengah gua, Shahrul nama dia, waktu nie gua tengah ponteng perhimpunan. Maklum la, gua kan pengawas, tugas hari Isnin gua, jaga pintu pagar belakang sekolah. Shahrul pun pengawas. Jadi, dengan sedikit otak yang cerdik, gua sering ingat yang pagar sekolah tu pandai jaga diri. Besi kan, paling-paling kuat kalo kena langgar kete pun, kemek aje. Jadi gua tinggalkan pagar tu kesepian. Bersama Shahrul, gua menuju ke kedai mamak tak jauh dari sekolah. Sarapan pagi. Seolah-olah seperti seorang pekerja swasta yang masuk pukul 8pagi. Smart dengan tali leher. Beza cuma dorang mungkin pakai Calvin Klein cap Jalan Pasar, gua original logo sekolah.
Alasan gua paling logik. Sekolah masuk pukul 7.15pagi, perhimpunan habis pukul 8pagi. Nampak tak? 45 minit masa gua terbuang melayan pelajar-pelajar masuk lambat.
‘Kau yang lambat, aku yang kena tengok kau berdiri 45 minit?’
Ceteknya pemikiran gua waktu tu. Memang patut gua tak dapat jadi Ketua Pengawas. Kalo dapat..
Nasi lemak sambal lebih dan telur separuh masak itu makanan wajib. Tak dewasa la kalo tak kena. Waktu tu la. Siap teh tarik buih lebih, konon sembang pasal kerjaya. Padahal ujian pertengahan tahun, B pun susah nak dapat. Nasib gua dikurniakan bakat seni. Dapat juga jadi 10 yang terbaik sewaktu join Pertandingan Melukis Sukan Komanvel dulu. Alah lukis gambar maskot aje, bisik rakan sekelas gua, Khairuddin secara sinis. Atleast ada, dari tiada. Bijak gua tak lama, gua kantoi gak. Tah ape plak cikgu gua buat kat mamak tu. Sambil pegang cawan nescafe, beliau sound gua.
‘Pergi balik sekolah!”
Gua respon dengan soalan yang gua dah pernah praktis sebelum nie.
“Kitorang kejar budak ponteng sekolah cikgu. Tadi dorang lalu kat kedai mamak nie.”
Secara sengaja gua dapat 5 sebatan. Dompet kat poket belakang kena bawak keluar. Dan tak pulak gua pergi report kat suratkhabar .
Cerita sekolah menengah gua. Bukan budak skema, cuma kadang-kadang suka duduk dalam perpustakaan layan Monolog Sasterawan. Itu pun masa subjek akaun. Gua drop subjek tu, alasan tak pandai matematik. Tapi dah besar nie, pandai plak gua kira duit gaji bulan-bulan masuk keluar.
Dan gua terkenang arwah gitar gua, mak gua hentak kat pintu sampai berkecai. Sadis. Alasan paling masuk akal, ujian akhir tahun Tingkatan 4 gua, semua D sebab gua sibuk main gitar. Padan muka gua. Kalau boleh refresh balik, mesti gua nak skor semua A. Dapat gak gua jadi pemain gitar handalan tak pun penyanyi macam Adam Levine tu.
Tapi, jantung gua selalu berbisik “perkara yang paling jauh dengan gua ialah, MASA LALU”. Kalau boleh kembali.
No comments:
Post a Comment