April 20, 2014

SEKOLAH

Sekali sekala gua buat gila. Update blog 2 kali sehari. Iye la, kalau badan gua boleh berubah dari kurus ke gemok, apesal sikap rajin gua tak boleh? Badan gua nie pun satu, dulu elok jer kurus, makan la banyak mane pun, sehari 14 kali pun, macam tu la jugak. Sekarang, cukup 2 kali sehari, kalau lebih mahu gua melepak macam ular kenyang lepas telan kambing lima ekor. Dah, merepek pulak.

Setiap penduduk kat malaysia gua yakin mesti pernah pergi ke sekolah. Kalau ada yang tak pergi, itu kes istimewa. Takpe, tak perlu nak diperjelaskan. Sejarah gua di sekolah tak ade yang best mana pun. Benda biasa, pergi sekolah, ponteng sekolah, balik sekolah. Tak ada sebarang pencapaian atau kisah best-best untuk gua nak jadikan movie atau drama TV3 mengenai kisah zaman sekolah gua. Oleh sebab tak ada pencapaian tahap international, gua rasa citer gua tak best. Gua kasitaw awal-awal, nanti ada plak yang menyesal lepas baca.

Mungkin sekolah gua sekolah gengster kot (konon). Jadi budak-budak tak berapa bercampur macam gua, takkan ada cerita best yang extreme. Iye, cerita turun temurun pukul budak sana sini, masuk geng sana, pijak geng sini tiada dalam diari gua. Yes, gengsterisme bukan pilihan gua.

Eh, gua baru teringat, dulu ada join hip hop sekejap. Dan kalau ada pertandingan battle breakdance (tarian patahkan pinggang), gua la orang pertama dalam sekolah yang akan angkat tangan. Yelah, sebab masa tu yang lain kebanyakkannya layan Punk, Skin Head, Grunge dan etc. Zaman Gothic belum ada lagi masa tu ye adik-adik. Teringat pulak yang gua selalu jumpa budak-budak dari sekolah lain untuk battle. Port, kawasan bawah Dataran Merdeka. Sebab masa tu, kawasan Dataran Maybank Bukit Bintang belum feymes lagi. Sekarang, nak datang Dataran Merdeka pun cukup susah melainkan gua kena kerja kat sana. Bukit Bintang jangan cakap, takkan gua jejak kalau tak ada kerja nak kena buat, penuh sangat pendatang. Asing dan tak asing. Countdown Hari Merdeka dan New Year memang tak ada dah sejarah untuk gua pergi Dataran nak sambut-sambut. Menjerit-jerit kira nombor. Dulu, lain lah. Tak berapa kenal lagi arah diri. Dan masa zaman hip hop nie, movie yang gua jadikan sandaran, You Got Served kot. Ini kisah gua semasa di Tingkatan 3.

Tingkatan 4 merupakan detik honeymoon gua. Tapi honeymoon gua dengan jantan-jantan setingkatan gua. Cikgu offer untuk join show Hari Merdeka, dapat baju, seluar dan elaun. Tapi hanya terbuka untuk tingkatan 4 sahaja. Mahu tak panas bontot gua dengan bebudak lain, berlari-lari cari Cikgu mintak borang nak join. Latihan makan masa 2 bulan ke 3 bulan rasanya, tapi hasilnya, result ujian gua 'cantik' sangat. Masa nie la kejadian gitar kesayangan gua yang gua beli guna duit raya mengalami eksiden patah tulang. Dibuat oleh mak gua. Tapi takpe, gua bangga gak sebab dapat turut sama meraikan Hari Merdeka. Dan berkenalan dengan gadis-gadis dari sekolah lain. Oleh sebab tu gak bapak gua terpaksa datang ke sekolah dan ambil report kad gua. Dan secara tak langsung gua berjanji dengan Cikgu kelas gua untuk bangkit semula di Tingkatan 5. (Perangai kaver line sebab tak nak kena sebat balik rumah karang)

Jadi gua pun bangkit la, belajar siang dan malam, masuk perpustakaan, buat ulangkaji pelajaran dengan cikgu, buat study group, pergi tuisyen setiap malam. Tapi tak lama, sebulan lepas tu, gua dah mula lupa diri. Sebab gua lagi sibuk main sukan dari belajar. Bola tampar, bola baling, bola keranjang, bowling dan catur pun gua join. Bowling tu tipu. Itu aktiviti hari Sabtu kat Times Square. Oh, bola sepak tak boleh, sebab masa tu hanya kroni-kroni jer yang boleh pergi selection. Politik sungguh! Tapi takpe, asalkan gua dapat wakil sekolah untuk sukan lain. Penuh juga ko-kurikulum gua dalam sijil sekolah. Tak sia-sia gua turun training hari-hari umpama atlet Malaysia nak main untuk Olimpik. Sebab habis jer SPM, terus dapat panggilan interview masuk Universiti. Tapi sebelum sampai ke kisah kehidupan kat zaman Universiti, gua da start buat spoil. Gua memang suka spoilkan hidup gua. Mana taknya, pergi interview, gua bawak diri je, konon ilmu dah cukup penuh di dada. Artwork, resume, sijil sekolah sekolah apa pun tak bawak. Konon Hebat sebab banyak wakil sekolah. Hasilnya, padan muka gua. Tak dapat masuk universiti. Jadi gua pun teruskan kehidupan gua di Tingkatan 6. Ape? Sekolah lagi?!

Tingkatan nie merupakan tingkatan yang jarang-jarang sekali bebudak kat Malaysia nie join. Sebab susah kot exam dia. Gua tak tahu la exam dia susah ke tak sebab gua sendiri ponteng exam. Tapi gua ponteng sebab masa tu dah dapat panggilan kedua masuk Universiti, so gua konfiden je la ponteng. Sepanjang 6 bulan gua buat Tingkatan 6 rendah, banyak yang gua pelajari dan ajarkan kat bebudak sekolah nie. Mungkin sebab environment dorang yang lebih skema berbanding sekolah gua sebelum nie. (Sekolah lama gua hanya ada sampai Tingkatan 5, jadi gua pindah sekolah lain masa nie). Keluar masuk bilik disiplin dah memang jadi rutin gua masa nie. Tak tahu apesal, sikap memberontak nak lawan peraturan sekolah masa nie memang sangat tinggi. Setinggi semangat perajurit negara melawan musuh. Kalau lah gua gunakan sikap tu untuk perkara yang lebih positif. Teringat masa kes gua bawak hanphone Nokia 3310 ke sekolah, seluruh agensi pengawas sekolah dikerahkan untuk kejar gua. Rasa tak aci pula, dulu gua pengawas,gua kejar orang, pastu nie orang kejar gua pulak! Sekali lagi, bapak gua terpaksa datang ke sekolah. Dengan muka penuh sedih, gua hadap jer la 2 kali sebatan cikgu disiplin gua. Sakit? Jangan cakap la, tapi sebab kesakitan tu la gua jadi orang berguna di masa sekarang.

Zaman sekolah, memang banyak perkara manis dan pahit yang buat gua tertawa bile dikenangkan balik. Dan kehidupan sekolah nie sememangnya best sebab kita tak ada banyak benda nak kena fikir. Hanya tahu, datang sekolah, main. Balik rumah pun main. Esok tak fikir pasal jalan jem nak pergi sekolah. Pepandai la pemandu bas sekolah tu fikirkan. Tak kurang juga, atas sebab nasihat Cikgu Bahasa Inggeris gua semasa di Tingkatan 6, membuatkan gua terus berubah dan menuju ke jalan yang gua sedang lalui sekarang nie. Masih terngiang-ngiang lagi ayat Cikgu gua tu walaupun dah 10 tahun zaman sekolah berlalu. Sambil termenung pandang gua dalam bilik disiplin:

'If you don't have a chance to prove yourself in here, go outside and face another world. Every people have their own journey. I bet you can be a better person than you are now."

Tidak semena-mena terus gua click butang setuju kat surat penawaran masuk universiti gua. Pastu sambung main Counter-Strike.

No comments:

Post a Comment