May 13, 2014

Hidup Universiti 2

Keinginan gua menyambung cerita kehidupan di universiti sama seperti keinginan seorang ibu mengandung yang mengidam nak makan durian. Selagi tak dapat tulis, selagi tu la gua teringat-teringat dalam kepala otak gua. Moga lepas habis taip nie, kurang la skit bebanan ingatan gua yang kadang-kadang tu tahap short term memory lost. Ape memory loss? Ah..buat-buat faham sudah. Tak kuasa gua nak terangkan subjek Sains pulak.

Sejurus selepas gua amik kad matrik yang panjangnya seperti ketika gua beratur nak beli ais krim Baskin Robbins ketika hari diskaun dorang 31 percent tu, gua pun terus ke hostel (Masa nie Mak dan Ayah gua dah selamat balik, 30 minit jer dorang datang hantar gua masuk universiti, konon nak bagi gua rasa hidup berdikari, ceh alasan! Sebenarnya dorang nak pergi jalan-jalan lepas tu. Tapi takpe, diorang hantar juga sebab ada yang gua tengok datang sendiri naik teksi jer. Arakian gua pun pergi la mencari tercari-cari mane satu bilik gua. Dan, seketika gua perasan yang setiap bilik ade 4 katil yakni 2 set katil double decker. Ah sudah, gua nie dapat tidur katil atas ke katil bawah. Untuk yang kurang menggunakan tekonologi Google, katil double decker tu macam nie:

Tapi tak cantik cam nie la. Potong kuku la kalo universiti gua boleh bagi cantik macam nie. Aiseh..kuku pun kadang-kadang gua lupe nak potong. Tapi takpe, bukan katil ini yang gua ingin sembangkan. Sebab kalo sembang pasal katil, sapa pulak nak baca kisah kehidupan gua kan. Kisah budak-budak bilik gua, nanti la bile rajin, gua ceritakan. Yang ingin gua sembangkan tentang bermulanya persahabatan gua dengan kawan-kawan baru yang satu kepala dan buat sume benda sama-sama. Cuma fail dalam exam jer tak same. Hehe. Maklum la, otak masing-masing tak boleh nak connect via bluetooth. Tapi alhamdullilah, sampai ke sekarang gua masih lagi bersahabat dengan kawan-kawan universiti gua.

13 orang sume skali lelaki dalam course gua, tapi nak dijadikan cerita yang senang dan tak payah gua nak taip panjang-panjang, gua rapat dengan 5 orang budak yang berlainan rumah dan kampung halaman. Dan sejurus selepas tamat Minggu Mesra Siswa yang gua sampai sekarang tak dapat nak tangkap ape tujuan Minggu tu dibuat, bebudak nie rancang nak g jalan-jalan. Gua waktu nie seorang yang agak lembab skit dan kaki setuju jer dengan ape plan dorang. Jadi dorang pun bisik-bisik pastu suruh gua tunggu kat luar gate universiti tu.

Gua pun jalan penuh tabah menuju ke gate. Ah lupa plak nak bagitaw. Gua belajar kat Jengka, kawasan penuh hutan yang aman damai dan babi hutan. Kenapa babi hutan? Sebab gua sendiri terserempak cik babi tu datang ketuk bilik hostel tingkat bawah. Tak ke menggila babi-babi di Jengka nie. Siap gua jumpa dorang buat mesyuarat rukun tetangga kat ladang sebelah hostel gua. Tapi itu dulu, sekarang gua rasa dah lain, kalo gua diberi peluang pergi ke sana, agaknya boleh sesat. Sebab Jengka dah maju, dulu bangunan paling tinggi 2 tingkat aje, itu pun boleh tenggelam kalo banjir. Sekarang gua dengar siap dah ada stesen bas sendiri ala-ala Terminal Bersepadu Selatan kot. Ok, merepek pulak.

Jadi dari hostel nak ke gate luar tu makan masa dalam 20 minit kot. Tah..tak ingat sangat. Yang gua ingat, tetibe ade sebijik van Nissan Vannette lalu dengan laju dan hon gua. Terkamjat gua di situ sambil terpaku ingatkan hari tu hari last gua kat Bumi, tapi bile gua perati balik, bebudak gua nie yang bawak van tu. Tah mane pulak dorang rembat van Nissan Vannette dalam hutan-hutan macam nie. Betapa gua allergic dengan hutan sewaktu gua mula-mula masuk Jengka nie.

Dan bermula la perjalanan gua bersama bebudak gua walaupun baru jer seminggu gua duduk kat Jengka dan kenal diorang. Seketika tu jugak kitorang cuba merancang arah tuju perjalanan kitorang. Maklum la, masa remaja, tak nampak lagi arah tuju yang betul, kadang-kadang tunggu sampai dapat bala, baru nak sedar diri.

"Wei, kita nak gi mane, balik KL?"

"Ape barang tengok bangunan tinggi-tinggi. Pergi pantai la!"

"Mane nak carik pantai kat Jengka?"

"Bangang, kita kat Pahang la. Teluk Cempedak kan ade!"

"Jauh dol!"

"Ko diam. Aku yang bawak bukan kau."

"Tapi..van ni bukan tak de aircond ke? Dah nak masuk tengahari nie."

"(Semua diam sambil kawan gua yang jadi driver tu tekan minyak laju-laju masuk highway.)"

No comments:

Post a Comment