August 12, 2012

Tarawikh & Mercun

Seketika zaman kanak-kanak mesti ini yang korang tunggu-tunggu kan? Dah xpayah nak kencing gua, gua taw sebab ape? Sebab masa orang lain menunaikan solat tarawikh, seketika tu gak korang dah plan nak main mercun ! Haha !

Gua teringat sewaktu nak kaver line dengan bapak gua..hehe ! Lepas jer berbuka, gua salin tubuh gua dengan baju melayu lengkap berkopiah, gua terus melangkah kaki ke masjid tapi dengan poket gua yang penuh dengan mercun ! Sampai kat masjid, korang ingat bole terus main ke?? (Ini Taktik Gua, Jangan Tiru ye !) Gua pon menunaikan solat Isyak dengan khusyuk. Habis Isyak, kena la tggu untuk tarawikh plak kan. Gua dengan bebudak gua pon tunggu. Seketika Imam mengangkat Takbir, gua terus angkat kaki dengan bebudak lain. Port : Belakang masjid ! hehe ! Ade la yg tunjuk bakat, mercun bola, mercun gasing, thunderclap, clap to this (ini lagu too phat) dan lain-lain lah !

Tiba-tiba ade member gua sorang name Alip, "woi, ko nak tengok skill bakar mercun baru tak?" Dah nama bebudak, mesti la serentak jawab "Nak!" Tah ape yg die nak kencing kitaorang, Si Alip nie pon terlompat-lompat konon bakar sambil buat summersault lah sangat ! Maka terbakar la mercun tu.. Part yg paling macam cilaka, mercun tu bole straight g masuk masjid menuju ke arah pak imam (mase nie darah gua betul-betul berderau). Nak di jadikan citer, pak imam terbersin, "Acchhuuummm..!" Dan mercun tu terus terpatah balik pergi kat gua dan bebudak ! Habis serabai semua lari tak cukup tanah ! Member gua sampai terkencing dalam seluar..gua gelakkan aje ! Mercun tu meletup dalam longkang..dan sejak dari kejadian tu, gua dan bebudak dah tobat tak nak main mercun dalam masjid da !

Moral yang gua nak bagitaw kat sini, hormatilah tempat ibadat..kali nie mak gua ade pesanan, tapi gua dah lupe ! (nie sume sebab terkejut dengar mercun bebudak bengong nie main sebelah rumah aku tadi !)