August 2, 2018

Mee Goreng #Mamak

Bahan- bahan:
Mee kuning (ni wajib sebab kalau kau letak bihun, dia dah tak jadi mee goreng)
Ayam, Udang, Sotong, fishball, hotdog atau ikut suka tekak kau.
Sayur - Sawi, Taugeh, Kuchai atau kalau kau taknak letak pun tak berdosa.
Tomato sebagai hiasan
Cili kisar atau giling
Sos cili ikut rasa lidah
Sos tiram ikut kau la
Kicap pekat 1 sudu atau lebih pun ikut kau la
Kicap manis kalau kau nak rasa manis gila
Air putih skit (nak basah letak banyak, nak banjir, kau letak 1 baldi terus)
Minyak masak kalau takde, kau tak payah masak dah

Bahan-bahan tumbuk
Cili api 10biji
Bawang putih (kau boleh membawang masa sesi menumbuk ni)
Pastu kau tumbuk macam masa kau tengah marah.

Perkara terakhir adalah kau hanya perlu masak semua tu dalam kuali seikut rasa. Percaya la, bila bahan dah ada, kau masak macam mana pun, mee goreng tu tetap akan jadi mee goreng. Cuma rasa tu je la ikut nasib. Alah, benda kalau lapar, tak sedap pun jadi sedap.

Gambar credit: Murni Discovery

Apa kena mengena mee goreng dengan gua? Mudah! Takde kena mengena langsung. Cuma gua gemar order mee goreng melayu kat kedai mamak dan mee goreng mamak kat kedai melayu. Saja gua nak tengok, diorang faham ke tak budaya memasak masing-masing.

Ada sekali masa kekecik tu, masa tu gua kat kedai makan. Member gua si Afiq yang sengal ni gi ajar gua cara makan mee goreng. Dia cakap ni cara yang betul kalau ikut mat saleh.

"Kai, kau kena sedut mee tu panjang-panjang dan jangan bagi putus. Kalau putus maksudnya nyawa kau panjang tu je."

Gua pun try. Gua sedut baik punya.

Srutttt!! Haccummm!!!!

Sekali gua tersedak dan bersin. Berterabur mee goreng dan pinggan sudu semua sekali.

Secara panik, Afiq sambung "Kalau macam ni, aku tak taw la berterabur macam mana nyawa kau."

"Babi kau" "Aku bagitaw mak kau"

Afiq terus lari tinggalkan aku. Aku cuak sebab duit kat Afiq. Mee aku tak bayar lagi. Jauh pulak si Afiq ni dah lari.

Aku pun lari.

Standard la. Bebudak tengah cuak.

Nota kaki: 9 tahun lepas, aku jumpa pakcik kedai ni dan bayar balik duit mee goreng dia siap interest. Tapi dah 19 tahun aku tak jumpa Afiq. Aku harap kau tak menipu lagi pasal mee goreng tu.

July 26, 2018

Roti Canai

Bahan-bahan A
1 kilo tepung gandum
2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu pekat
1 biji telur

Bahan-bahan B
1 ½ cawan atau 2 cawan air
1 sudu besar garam

Cara-cara membuat:
Mudah sahaja.

Kau satukan bahan-bahan A sehingga sebati dan juga bahan-bahan B.

Lepas tu Kau uli la semacam mana kau tengok mamak tu uli sampai peluh-peluh.

Pekk! Peluh jatuh kat tepung. Tak geli ke wei?! Hahaha!

Saja gua intro dengan sedikit resipi. Sebab gua tahu, bab makan, rakyat kita memang nombor 1. Tapi kita lupa. Hidup kita ni pun perlu jadi macam roti canai kadang kala.

Dari Baby, mak bapak kau uli kau untuk kau jadi sedap di makan secukup rasa. Tapi kadang-kadang tu, kau degil. Kau kawan dengan telur, planta tak pun bawang. Kalau baik kawan kau, sedap la kau. Kalau kawan kau tak sedap, kau pun sama jahat.

Yang kau tukang uli tu, uli la elok-elok. Kau uli macam tahi, tu yang hasil tahi. Buat pandai, tapi takda siapa nak makan. Nak buat roti canai sedap ni kena sabar bang, kalau kau uli gitu-gitu je, gitu la dia. Kalau kau uli lembut, pondan la hasilnya. Ganas sangat pun tak boleh. Takut jadi roti pengkid. Uli la baik-baik dan berselawat la seeloknya.

Bila roti canai kau dah siap, kau temukan la dia dengan pasangan yang betul. Pasangan ni kena ikut selera, jangan ikut tekak si tukang uli atau roti canai tu sendiri sebab setiap orang rasanya berbeza. Dal dan Kari tu asalnya elok je, yang tak elok bila dah basi atau masak terlalu awal. Atau kau dah pakai banyak kali, mahupun kau main bedal masak. Tu salah si tukang masak.

Dan seorang pemakan roti canai akan rasa sedap gila bila minum dengan teh tarik. Pakej sekali tandas berhawa dingin. Perghhh!

Ini perumpamaan. Kalau kau bodoh, kau pergi duduk sekolah sana. Abang bukan idola tapi abang tak bodoh.......

July 25, 2018

Cita cita

Mak gua garang. Tak tipu.

Masa sekolah rendah dulu, cikgu gua akan bagi satu buku profil untuk murid-murid semua tulis cita-cita diorang. Selalunya Cikgu Suraya gua tu akan suruh bawa balik dan berbincang dengan mak bapak memasing.

Lebih kurang macam ni la buku tu.

Dan bila gua tanya mak gua apa maksud cita-cita, jawapan dia sama je,

"Kau tulis Polis, Askar, Cikgu." Kerja lain mak tak yakin.

Kalau gua tulis ahli muzik, pemandu F1 ataupun pelukis, nescaya penyangkut baju tu akan hinggap kat belakang badan gua. Tu tak masuk senduk, batang penyapu ataupun paip getah. Pedih dia, 3 hari tak boleh tidur mengadap syiling. Meniarap lah kau kat sana tanpa dipujuk sesiapa.

Tapi semalam gua saja singgah tengok kengkawan gua buat ceramah kat sekolah. Dan sekolah ni, sekolah rendah gua dulu. Gua apa lagi, sarung uniform, rembat mic sekejap dan gua membebel sambil jeling junior-junior gua dengan harapan diorang faham akan seksaan dan seksian yang pernah gua lalui ketika bersekolah rendah dulu.

SK Taman Midah 1. Padan muka kau kena bebel!

Sempat gua jeling kawasan sekolah. Lain doh!. Kantin gua dari belah kiri dah pindah ke kanan. Bangunan dari 2 bijik dah jadi 3. Padang dari ada terus takde, diorang buat gelanggang futsal terus. Tempat kawasan buluh gua main sorok-sorok dan kunda kundi dah takde, jadi dewan terbuka. Yang sama cuma pondok guard tempat gua meluahkan perasaan sebab kena balik sekolah lambat.

Bangga bila gua dapat lawat kembali sekolah ni. Satu kenangan manis di mana kat sini tempat gua start kena rotan dengan cikgu, kenal awek pertama, juara baca sajak, menang pertandingan mewarna, kena buli kat sekolah, buli balik bila dah darjah 6 dan sewaktu dengannya.

Bezanya dulu dengan sekarang ni sebab takde VIRAL VIRAL ni. Dulu benda yang kau buat, satu taman atau sekolah kau je yang tahu. Sekarang ni, apa yang kau buat kat Perak, orang kat Afrika boleh tahu. Kalau zirafah tu reti guna gadget, dia pun boleh like atau jadi haters kau.

Berbalik kepada cita-cita.

Oleh sebab gua seorang yang menurut perintah, gua follow je apa yang mak gua suruhkan. Polis, Askar, Bomba. Kadang-kadang gua tukar, Cikgu, Askar, Polis. Asalkan dia senyum, gua dah puas hati. Ye la, gua ni belajar dah la bodoh, matematik pun selalu gagal. Sifir tu sampai ke tua, gua tak hafal sifir 12.

Bila dah besar ni, bila gua tak jadi yang macam mana mak gua suruh tulis, penangan perli dia lain macam. Bila setiap kali gua stress kerja atau berhenti kerja, mak gua akan bagi ayat yang sama,

"Dulu mak suruh kau jadi Polis, Askar, kau taknak. Tak minat konon. Sekarang kau makan la pasir."

Automatiknya gua makin stress. Mujur mak gua dah pencen dari jadi penyebat diraja. Kalau tak, berbirat lagi bontot ni. Kadang-kadang tu gua jawab,

"Hidup kena bersyukurrrr...."

Pappppp! Gua kena ketuk dengan senduk kuah kari tu.

July 18, 2018

Nasi Lemak

Mesti korang dah terbayang kan rupa nasi lemak tu macam mana.

Paling-paling simple pun la, macam kat gambar ni la. (Sumber: Google)

Nasi lemak paling simple, sepatutnya mengandungi:

1. Nasi yang berlemak
2. Telur rebus (atau telur mata kerbau)
3. Timun
4. Kacang
5. Ikan Bilis
6. Sambal

Gua ulang balik. Nasi lemak paling simple!

Tapi lately ni, gua tak taw apesal. Nasi lemak Malaysia sekarang ni dah macam tak cukup bahan. Ikan bilis lupa letak, kacang 3 biji (kalau ada), telur tu, dari sebijik potong 10. Tu tak masuk sambal dia letak ciput besar duit 20 sen. Pastu ade pulak pakej nasi lemak dan kopi, set RM5. Rasa macam tak payah la panggil nasi lemak kalau nasi tu harap nasi dan sambal semata. Kau tukar banner tu jadi nasi sambal ciput, senang orang tahu kat nasi kau tu ada sambal je.

Bukan la gua tak nak beli kat kafe. Kang kalau gua pergi order Kedai "Bandar Tua" tu, nasi lemak simple pun harga sampai RM7-RM8, tambah ayam crispy saiz 2 ibu jari dah jadi RM12-Rm13. Tu tak masuk service charge. Ape jadah service happy ending yang dia bagi pun gua tak taw. Servis layan diri kot, sampai nak bayar pun kena g kaunter. Harga kalah yahudi

Jadi, sebagai warga kaki makan, gua rasa bengang gila dengan peniaga nasi lemak yang macam ni. Lengkapkan la nasi lemak tu dan jual la seikhlas mungkin. Jangan sampai gua fed up dan boikot peniaga nasi lemak macam ni. Nanti orang boikot, kau kata tak tolong sesama manusia. Kau jual tu, ada fikir ke nak bagi kucing ke atau manusia? Insaf la.

Nota kaki: Macam mana diorang boleh letak nasi dalam burger dan panggil nasi lemak burger? Apa lepas ni boleh ada mee goreng burger atau char koew teow burger sebab rasa dia sama? Gila

June 10, 2018

Raya di Kuala Lumpur #KL

Entry ni gua sajikan untuk korang yang baru nak up nak beraya di kotaraya Kuala Lumpur. #kotarayaku

Keluarga gua mula beraya di Kuala Lumpur sekitar tahun 1998 dan kiranya dah 20 tahun gua merasa beraya di KL ni. Gua boleh agak ramai rakyat yang balik kampung tentu tak faham dengan feel raya di KL. Rasa dia lain kot. Rasa tenang, aman dan damai. Tak macam Alam Damai, harap nama je, hari biasa pun jalan jem jugak. So gua listkan kat sini antara aktiviti-aktiviti yang korang boleh buat semasa Hari Raya korang kat KL. Terutamanya sejurus selepas solat sunat Hari Raya dan melawat ahli keluarga (mengepau duit raya).

Tengok Wayang

Yes, memang rasa pelik bila gua sebut tengok wayang di hari raya. Tapi percaya la, bila kau layan wayang marathon dari petang sampai ke midnight, kau akan rasa panggung wayang tu kau punya. Kau tak perlu beli tiket online konon takut tiket habis, kau tak perlu beratur kat kaunter beli tiket, nak beli popcorn pun tak sampai 5 minit dah dapat. Bab seat dalam wayang,jangan risau la. Nescaya kiri kanan kau akan kosong. Siap pakej boleh letak kaki kat seat depan. Kau nak tidor terus pun takde hal la. Wayang tu milik kau hari tu.

Shopping

Rasa pelik gak kan? Tapi percaya la cakap gua. Masa tu lah masa untuk kau habiskan semua duit gaji dan bonus kau dengan aman. Seperti biasa, kau akan terasa macam Raja atau Permaisuri sebab kau tak perlu beratur nak masuk fitting room, beratur panjang nak bayar macam kat AEON tu atau berebut troli macam kat Tesco. Dan selalunya promosi hari raya bermula dari bulan puasa sampai ke raya, jadi kau masih lagi beruntung sebab membeli dalam tempoh promosi. Gua pernah buat sampai gua rasa Pavilion tu bapak gua ada beli saham dia skit la. Dan kalau kau rasa IKEA tu sentiasa penuh je, kau datang lah masa Hari Raya, nescaya kau boleh baring-baring dalam showroom umpama check in hotel 5 bintang.

Melawat binatang

Ini untuk korang yang ada anak kecik atau anak ramai yang kemudiannya tak rasa tempat indoor sesuai dengan tema raya kau. So kau pergi la Zoo Negara. Nak kecik skit, kau pergi la Farm In The City tu. Tak ramai wei orang nak beraya dengan binatang. So masa ni la kau boleh rasa nak belajar pasal haiwan-haiwan yang ada yang sebelum ni kau tak pernah nak ambil tahu pun. Atleast selain bergembira di Hari Raya, kau dapat ilmu jugak.

Pergi Pesta Buku

Untuk korang yang kaki buku, selalunya semasa cuti Hari Raya, kedai buku Popular memang suka buat pesta buku kat KLCC Convention Centre sana. Gua rasa nama dia Popular Bookfest. Diskaun buku, stationery, gadget banyak gila kau boleh dapat kat sana. Kau boleh berjalan dari Hall 1 sampai ke Hall 5 mencari buku. Gua tulis pendek je sebab ni bukan entry berbayar. Kah!Kah!Kah!

Mandi Sungai / Pantai

Yes, ini lah masanya untuk kau layan Sungai Gabai, Sungai Tua, Air Terjun Kemensah, Pantai Teluk Kemang, Pantai Cahaya Bulan, Teluk Cempedak, Cherating dan lain-lain lagi. Masa ni lah kau boleh berenang ber jam-jam lamanya tanpa perlu risau terlanggar orang lain yang turut serta mandi manda. Tapi malang skit sebab masa ni, kalau kau lapar, kau kena bersabar. Sebab belum tentu restoran-restoran berdekatan bukak. Kau tetap kena cari kedai Fast Food cam McD atau KFC bila lapar. Dan kadang-kadang tu kau kena hadap muka-muka budak kaunter yang agak berangin sebab tak dapat cuti raya.

Federal Highway

Yang gua paling seronok masa raya ni adalah Federal Highway jadi tak jem! Ada satu masa tu, masa tu gua tingkatan 6, gua boleh baring kat Federal Highway berdekatan Tol Batu Tiga sebab masa tu takde kereta langsung nak lalu. Memang aman damai gua baring sambil tengok awan biru. Gua rasa baring kat Highway tu rasa macam baring kat tepi pantai. Sama je panas dia rasa. Yang beza skit, ada bau hangit tayar dan tar.

Ini je la antara yang gua boleh suggest. Yang lain, terpulang lah kat kau. Jangan malam Raya kau masuk Club sudah. Itu babi namanya. Kau layan la Hari Raya tu sambil mengadap muka family, sedara mara, rendang daging, lontong, ketupat, lemang, kuih suci dalam debu berserta sirap takde jenama dan mercun.

Oh ya, list yang aku buat ni berdasarkan pengalaman 20 tahun lepas. So kau jangan percaya sangat la. Sebab sekarang ni macam dah ramai pulak bebudak sibuk nak raya kat KL. Nak-nak plak geng raver sibuk nak tawan KLCC.Gi la balik kampung kau!

Nota kaki: Hati-hati di jalan raya. Kau yang bawak macam setan dan suka guna emergency lane tu, kau BABI. Selamat Hari Raya!

June 5, 2018

Perkara yang kita lupa bila puasa

Manusia.

Gua ni bila berpuasa, selalunya ada beberapa benda yang gua memang ikhlas terlupa. Korang pun sama la, jangan kencing gua. Antara benda bangang yang gua selalu lupa buat bila masa mula-mula puasa camni:

Sahur

Kalau ada 20 bijik henpon, semua gua akan set timing yang sama berserta bunyi paling kuat sampaikan jiran sebelah rumah boleh dengar. Malangnya, telinga gua bila dah tidor, sistem dia cam OFF. Kalau bom meletup, mesti gua dah arwah. Kadang-kadang tu gua plan tido awal, tapi tu la. Manusia ni insan yang lemah. Lagi lewat malam lagi best movie diorang tunjuk kat TV tu. Gua layan punya layan, taw-taw je dah azan subuh. Air secawan pun lupa nak minum.

Kerja

Kau taw je la. Kerja ni kadang-kadang dia punya penangan bizi tu lain macam. Kadang-kadang kau bizi sampai lupa waktu. Sedar-sedar je, gua bangun terus keluar nak pergi LUNCH! Sampai kedai makan, gua pelik apehal kurang orang dalam kedai makan ni? Selalu nak ambil nasik, kerana beratur 50 meter. Eh babi, gua PUASA!. (Babi salah lagi)

Kadang-kadang ade jugak gua kerja sampai lupa waktu berbuka. Sedar-sedar dah gelap. Elok gua tengok jam, dah nak masuk Isyak bai. Jangan tanya la waktu ni gua sempat Tarawikh ke tak. Hehe.. Waktu ni kalau korang datang kedai makan, dia punya lapang, seronok gila. Tapi korang kena hadap la muka waiter yang tak puas hati sebab datang masa turn diorang tengah nak makan plak.

Air

Ini bukan kadang-kadang, tapi selalu jadi waktu gua mula-mula puasa. Tetiba rasa nak teguk air. Ada sekali tu, dah separuh gua teguk, baru sedar hari ni dah mula puasa. Tapi tu masa gua bebudak dulu la. Cam korang jugak, bila mak bapak takde, slow-slow korang bukak peti ais, nampak air sirap, laju terus minummmm! Tak pun, air paip jadi mangsa. Konon nak ambil wuduk, tapi lama pulak mulut kau melekat kat muncung paip tu.

Benda-benda yang kita lupa ni lah yang sebenarnya banyak mengingatkan gua tentang betapa seronoknya kehidupan. So takde la gua rasa gua ni perfect. Hari-hari ingat benda yang gua buat secara sistematik dan saksama.

Bila last kau puasa? Hah..jawab!!

June 4, 2018

Bazaar Ramadan dan Lailatul Qadar

Sesungguhnya di bulan Ramadan ni, gua cuba untuk sekurang-kurangnya memberi ilmiah kepada korang rakyat pembaca. Gua harap dari budak level Raver, Hipster sampailah ke warga kolar biru dan putih dapat sama-sama menikmati keenakkan ilmu blog gua walaupun sedikit.

Oh ya, semalam gua ke Bazaar Ramadan.

Seperti biasa gua standby 50 hinggit walaupun niat sebenar nak beli kuih muih dengan harga 5 hinggit. Dan di Bazaar ni lah, selalunya pahala puasa gua akan terhakis sedikit demi sedikit. Paling tidak, gua akan salahkan Babi bila gua jumpa perkara babi seperti:

1. roti john biasa sayur kurang dan cili sos tawar 7 hinggit,
2. air tebu tambah air 1 jug 7 hinggit,
3. karipap satu inti suku 50 sen,
4. air royal jagung tawar takde jagung plastik besar 5 hinggit,
6. awek bodoh pakai mini skirt atau pakai tudung tapi baju lengan pendek,
7. muka bapak-bapak tapi mata melilau bila tengok awek dahi licin atau objek timbul,
8. makcik-makcik bawang yang dah berjanji malam nanti nak tarawikh dan berbawang sama-sama dan,
9. lelaki tamak ikut nafsu membeli makanan macam dunia esok dah tak wujud.

Tengok, ber babi-babi, babi tu aku salahkan sebab lelaki bernafsu itu termasuk aku.

Cukup setakat itu dosa yang gua nampak ketika di Bazaar.

Gua dan korang adalah di antara muslimin dan muslimat yang tahu bahawasanya malam Lailatu qadar itu kita tak dapat nak tahu bila akan jadi. Tapi ada gak beberapa tanda-tanda awal seperti yang gua copy paste dari budak Google untuk tatapan rakyat:

1. Pada hari dimana malam Lailatul qadar akan datang, matahari bersinar tidak terlalu panas atau cahayanya redup sehingga cuaca pada hari itu sangat sejuk sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Rasulullah S.A.W.
2. Malam tersebut biasanya akan terbawa ke dalam mimpi seseorang yang mengidamkan Lailatul qadar. Seseorang yang bermimpi biasanya akan merasakan malam itu yang berbeza dengan malam yang lain.
3. Tanda waktu malam yang lain adalah langit malam akan nampak bersih, dan tidak nampak awan walau sedikit, suasana malam sangat tenang dan sunyi, tidak dingin dan tidak juga panas. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda “Malam Lailatul Qadar itu langit bersih, udara tidak dingin atau panas, langit tidak berawan, tidak ada hujan, bintang tidak nampak dan pada siang harinya matahari bersinar tidak begitu panas.”
4. Merasakan nikmat yang lebih saat beribadah dibandingkan dengan malam lainnya. Pada malam Lailatul qadar, para malaikat turun ke bumi dan mereka memberikan rahmat serta membuat umat Islam yang beribadah merasa lebih aman dan damai.
5. Bulan akan muncul di malam ini dan nampak separuh.
6. Pada malam ini, angin akan berhembus dengan lembut dan membawa kesejukan bagi umat manusia.
7. Tidak turun hujan pada malam Lailatul qadar meskipun sedang dalam musim hujan.
8. Malam nampak sangat terang meskipun bulan hanya nampak separuh kerana pada malam Lailatul qadar langit tidak tertutupi awan sedikitpun

Semoga bermanfaat. Yang bab Bazaar tu kau redho je la. Gua cerita sebab pernah merasa. Gua kan manusia, mana pernah sempurna. Kalau malas baca, kau tengok je la gambar gua rembat dari Google kat bawah ni.

Oh ya, hari ni kau puasa?

May 22, 2018

Puasa 2018 & Kau

Gua tak faham bila mana...

Malam tadi kau niat puasa, sebelum subuh kau bangun sahur, kau solat subuh pastu tidor balik. Bangun balik siap pergi kerja. Ada masa jap sebelum waktu kerja, kau bukak Facebook, kau nampak post pasal gejala politik semasa, kau pun turut pun komen. Kadang-kadang masa kerja pun kau tibai main phone mahal kau tu:

"Najib ni memang penyamun,perompak"

"Najib ni, Najib tu, Rosmah ni, Rosmah tu..."

Eh, kau puasa ke tak?

Waktu lunch, ada masa skit, ko pergi tidor. Katanya dapat pahala. Abah kau dapat pahala kau tidor sampai sejam! Masa rehat ni la kau guna untuk muhasabah diri kau, banyakkan berzikir, solat tepat pada waktu. Ini tak, lepas waktu lunch baru kau sibuk nak pergi solat, hilangkan diri 15 - 20 minit. Kang waktu asar ko hilang lagi. Waktu keje ko 2 jam je, selebihnya ko mengular bawak sekeping kertas dari tingkat atas sampai bawah.

Eh, kau puasa ke tak?

Pukul 2 petang, kau dah start bergossip. Polan tu macam ni, polan ni macam tu. Habis satu rakyat jelata kau kongsikan kisah mereka. Kalau pahala puasa tu boleh ukur dengan bintang, mahu pahala kau tinggal satu bintang bila masuk waktu petang. Pantry dari kosong masa bulan puasa boleh jadi penuh dengar kisah gossip kau, makcik bawang.

Eh, kau puasa ke tak?

Orang nak ke bazaar, ko pun nak ke bazaar. Habis satu Malaysia bazaar kau pusing. Janji nak belanja sepuluh ringgit, tapi habis semua kau beli dari gerai no 1 sampai hujung. Nafsu kau masa setan kena ikat dengan tak ikat tu sama eh?

Yang kau menjual tu pun satu hal, harga nak tinggi, hasil nak ciput. Asal kuih muih ko banyak isi oksigen dari inti? Mee Kari kau pun lebih kuah dari Mee. Air kau, banyak gula dari perisa. Belum Maghrib lagi kau dah nyorok belakang gerai sedut sirap limau ais.

Eh, kau puasa ke tak?

Solat tarawikh selalunya ramai masa minggu pertama. Minggu kedua dah sibuk nak buat persiapan raya. Minggu ketiga nak beli barang nak masak raya. Katanya lagi lambat nanti terpaksa bersesak dengan orang. Lagipun tengah waktu promosi. Ko lupa promosi raya start bila?

Kau yang buat promosi pun. Agak-agak la. Hari ni baru puasa, malam ni dah promosi raya? Apa kau ingat bulan puasa ni sebab nak fokus promosi raya kau je ke? Ye, semua orang buat. Tapi tak semestinya apa yang semua orang buat tu benda betul dan tak semua orang tu benda salah. Kau je gedik, promosi sana sini.

Eh, kau puasa ke tak?

Kau jemput anak yatim, bagi makan, bagi hadiah. Tapi kau jemput VVIP dan kau layan VVIP lagi mulia dari kau layan anak yatim tu. Objektif kau dah lari kak. Kau nak meraikan anak yatim ke VVIP? Tunggu kau jadi anak yatim, kau tahu la nanti. Asyik dijemput sebagai penaik seri majlis je. Kau tak hargai masa diorang datang ke majlis kau. Niat kau baik, tapi cara kau salah. Last-last majlis berbuka penuh gambar kau dengan VVIP dan crew kau. Anak yatim yang kau raikan tu mana?

Eh, kau puasa ke tak?

"Tq biey, teman I berbuka hari ni" kata Nana kepada Fat(Fatimah)

"Tq sayang, ajak I berbuka di Pizza Butt hari ni" kata Alif kepada Azman.

Kes sebegini makin lama makin menjadi. Seolah-olah dah jadi trend budak masa kini. Kau boleh respek Islam tu tak? Bagus kau puasa, yang tak bagus tu cinta terlaknat kau tu. Gua tak nak jadi ustaz, nak ceramah kat sini. Gua tahu, deep dalam hati tu, kau sendiri tak nak masuk neraka. Tapi kau sendiri kena tahu yang syurga tu bukan percuma. Benda mudah, kau kena cucuk donut dengan garpu. Bukan donut dengan donut, garpu dengan garpu.

Eh, aku puasa ke tak?

Sama ada kita puasa atau tak? Kadang-kadang tu kita tak sedar niat baik kita boleh jadi betul, boleh jadi salah. Jadi, gua menegur atas dasar gua ada hak untuk menegur. Dan kau boleh reply sebab kau ada hak untuk menolak.

Marah ke? Bagus la. Sebab tu tandanya Tuhan dah tiupkan hidayah kat hati kau untuk berubah.

"Mak,aku lapar!" Panggggg!!!! "Kau tak puasa?" Sejenis mak gua yang pentingkan penampar daripada mak bapak yang pentingkan anak main gajet.