June 10, 2018

Raya di Kuala Lumpur #KL

Entry ni gua sajikan untuk korang yang baru nak up nak beraya di kotaraya Kuala Lumpur. #kotarayaku

Keluarga gua mula beraya di Kuala Lumpur sekitar tahun 1998 dan kiranya dah 20 tahun gua merasa beraya di KL ni. Gua boleh agak ramai rakyat yang balik kampung tentu tak faham dengan feel raya di KL. Rasa dia lain kot. Rasa tenang, aman dan damai. Tak macam Alam Damai, harap nama je, hari biasa pun jalan jem jugak. So gua listkan kat sini antara aktiviti-aktiviti yang korang boleh buat semasa Hari Raya korang kat KL. Terutamanya sejurus selepas solat sunat Hari Raya dan melawat ahli keluarga (mengepau duit raya).

Tengok Wayang

Yes, memang rasa pelik bila gua sebut tengok wayang di hari raya. Tapi percaya la, bila kau layan wayang marathon dari petang sampai ke midnight, kau akan rasa panggung wayang tu kau punya. Kau tak perlu beli tiket online konon takut tiket habis, kau tak perlu beratur kat kaunter beli tiket, nak beli popcorn pun tak sampai 5 minit dah dapat. Bab seat dalam wayang,jangan risau la. Nescaya kiri kanan kau akan kosong. Siap pakej boleh letak kaki kat seat depan. Kau nak tidor terus pun takde hal la. Wayang tu milik kau hari tu.

Shopping

Rasa pelik gak kan? Tapi percaya la cakap gua. Masa tu lah masa untuk kau habiskan semua duit gaji dan bonus kau dengan aman. Seperti biasa, kau akan terasa macam Raja atau Permaisuri sebab kau tak perlu beratur nak masuk fitting room, beratur panjang nak bayar macam kat AEON tu atau berebut troli macam kat Tesco. Dan selalunya promosi hari raya bermula dari bulan puasa sampai ke raya, jadi kau masih lagi beruntung sebab membeli dalam tempoh promosi. Gua pernah buat sampai gua rasa Pavilion tu bapak gua ada beli saham dia skit la. Dan kalau kau rasa IKEA tu sentiasa penuh je, kau datang lah masa Hari Raya, nescaya kau boleh baring-baring dalam showroom umpama check in hotel 5 bintang.

Melawat binatang

Ini untuk korang yang ada anak kecik atau anak ramai yang kemudiannya tak rasa tempat indoor sesuai dengan tema raya kau. So kau pergi la Zoo Negara. Nak kecik skit, kau pergi la Farm In The City tu. Tak ramai wei orang nak beraya dengan binatang. So masa ni la kau boleh rasa nak belajar pasal haiwan-haiwan yang ada yang sebelum ni kau tak pernah nak ambil tahu pun. Atleast selain bergembira di Hari Raya, kau dapat ilmu jugak.

Pergi Pesta Buku

Untuk korang yang kaki buku, selalunya semasa cuti Hari Raya, kedai buku Popular memang suka buat pesta buku kat KLCC Convention Centre sana. Gua rasa nama dia Popular Bookfest. Diskaun buku, stationery, gadget banyak gila kau boleh dapat kat sana. Kau boleh berjalan dari Hall 1 sampai ke Hall 5 mencari buku. Gua tulis pendek je sebab ni bukan entry berbayar. Kah!Kah!Kah!

Mandi Sungai / Pantai

Yes, ini lah masanya untuk kau layan Sungai Gabai, Sungai Tua, Air Terjun Kemensah, Pantai Teluk Kemang, Pantai Cahaya Bulan, Teluk Cempedak, Cherating dan lain-lain lagi. Masa ni lah kau boleh berenang ber jam-jam lamanya tanpa perlu risau terlanggar orang lain yang turut serta mandi manda. Tapi malang skit sebab masa ni, kalau kau lapar, kau kena bersabar. Sebab belum tentu restoran-restoran berdekatan bukak. Kau tetap kena cari kedai Fast Food cam McD atau KFC bila lapar. Dan kadang-kadang tu kau kena hadap muka-muka budak kaunter yang agak berangin sebab tak dapat cuti raya.

Federal Highway

Yang gua paling seronok masa raya ni adalah Federal Highway jadi tak jem! Ada satu masa tu, masa tu gua tingkatan 6, gua boleh baring kat Federal Highway berdekatan Tol Batu Tiga sebab masa tu takde kereta langsung nak lalu. Memang aman damai gua baring sambil tengok awan biru. Gua rasa baring kat Highway tu rasa macam baring kat tepi pantai. Sama je panas dia rasa. Yang beza skit, ada bau hangit tayar dan tar.

Ini je la antara yang gua boleh suggest. Yang lain, terpulang lah kat kau. Jangan malam Raya kau masuk Club sudah. Itu babi namanya. Kau layan la Hari Raya tu sambil mengadap muka family, sedara mara, rendang daging, lontong, ketupat, lemang, kuih suci dalam debu berserta sirap takde jenama dan mercun.

Oh ya, list yang aku buat ni berdasarkan pengalaman 20 tahun lepas. So kau jangan percaya sangat la. Sebab sekarang ni macam dah ramai pulak bebudak sibuk nak raya kat KL. Nak-nak plak geng raver sibuk nak tawan KLCC.Gi la balik kampung kau!

Nota kaki: Hati-hati di jalan raya. Kau yang bawak macam setan dan suka guna emergency lane tu, kau BABI. Selamat Hari Raya!

June 5, 2018

Perkara yang kita lupa bila puasa

Manusia.

Gua ni bila berpuasa, selalunya ada beberapa benda yang gua memang ikhlas terlupa. Korang pun sama la, jangan kencing gua. Antara benda bangang yang gua selalu lupa buat bila masa mula-mula puasa camni:

Sahur

Kalau ada 20 bijik henpon, semua gua akan set timing yang sama berserta bunyi paling kuat sampaikan jiran sebelah rumah boleh dengar. Malangnya, telinga gua bila dah tidor, sistem dia cam OFF. Kalau bom meletup, mesti gua dah arwah. Kadang-kadang tu gua plan tido awal, tapi tu la. Manusia ni insan yang lemah. Lagi lewat malam lagi best movie diorang tunjuk kat TV tu. Gua layan punya layan, taw-taw je dah azan subuh. Air secawan pun lupa nak minum.

Kerja

Kau taw je la. Kerja ni kadang-kadang dia punya penangan bizi tu lain macam. Kadang-kadang kau bizi sampai lupa waktu. Sedar-sedar je, gua bangun terus keluar nak pergi LUNCH! Sampai kedai makan, gua pelik apehal kurang orang dalam kedai makan ni? Selalu nak ambil nasik, kerana beratur 50 meter. Eh babi, gua PUASA!. (Babi salah lagi)

Kadang-kadang ade jugak gua kerja sampai lupa waktu berbuka. Sedar-sedar dah gelap. Elok gua tengok jam, dah nak masuk Isyak bai. Jangan tanya la waktu ni gua sempat Tarawikh ke tak. Hehe.. Waktu ni kalau korang datang kedai makan, dia punya lapang, seronok gila. Tapi korang kena hadap la muka waiter yang tak puas hati sebab datang masa turn diorang tengah nak makan plak.

Air

Ini bukan kadang-kadang, tapi selalu jadi waktu gua mula-mula puasa. Tetiba rasa nak teguk air. Ada sekali tu, dah separuh gua teguk, baru sedar hari ni dah mula puasa. Tapi tu masa gua bebudak dulu la. Cam korang jugak, bila mak bapak takde, slow-slow korang bukak peti ais, nampak air sirap, laju terus minummmm! Tak pun, air paip jadi mangsa. Konon nak ambil wuduk, tapi lama pulak mulut kau melekat kat muncung paip tu.

Benda-benda yang kita lupa ni lah yang sebenarnya banyak mengingatkan gua tentang betapa seronoknya kehidupan. So takde la gua rasa gua ni perfect. Hari-hari ingat benda yang gua buat secara sistematik dan saksama.

Bila last kau puasa? Hah..jawab!!

June 4, 2018

Bazaar Ramadan dan Lailatul Qadar

Sesungguhnya di bulan Ramadan ni, gua cuba untuk sekurang-kurangnya memberi ilmiah kepada korang rakyat pembaca. Gua harap dari budak level Raver, Hipster sampailah ke warga kolar biru dan putih dapat sama-sama menikmati keenakkan ilmu blog gua walaupun sedikit.

Oh ya, semalam gua ke Bazaar Ramadan.

Seperti biasa gua standby 50 hinggit walaupun niat sebenar nak beli kuih muih dengan harga 5 hinggit. Dan di Bazaar ni lah, selalunya pahala puasa gua akan terhakis sedikit demi sedikit. Paling tidak, gua akan salahkan Babi bila gua jumpa perkara babi seperti:

1. roti john biasa sayur kurang dan cili sos tawar 7 hinggit,
2. air tebu tambah air 1 jug 7 hinggit,
3. karipap satu inti suku 50 sen,
4. air royal jagung tawar takde jagung plastik besar 5 hinggit,
6. awek bodoh pakai mini skirt atau pakai tudung tapi baju lengan pendek,
7. muka bapak-bapak tapi mata melilau bila tengok awek dahi licin atau objek timbul,
8. makcik-makcik bawang yang dah berjanji malam nanti nak tarawikh dan berbawang sama-sama dan,
9. lelaki tamak ikut nafsu membeli makanan macam dunia esok dah tak wujud.

Tengok, ber babi-babi, babi tu aku salahkan sebab lelaki bernafsu itu termasuk aku.

Cukup setakat itu dosa yang gua nampak ketika di Bazaar.

Gua dan korang adalah di antara muslimin dan muslimat yang tahu bahawasanya malam Lailatu qadar itu kita tak dapat nak tahu bila akan jadi. Tapi ada gak beberapa tanda-tanda awal seperti yang gua copy paste dari budak Google untuk tatapan rakyat:

1. Pada hari dimana malam Lailatul qadar akan datang, matahari bersinar tidak terlalu panas atau cahayanya redup sehingga cuaca pada hari itu sangat sejuk sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Rasulullah S.A.W.
2. Malam tersebut biasanya akan terbawa ke dalam mimpi seseorang yang mengidamkan Lailatul qadar. Seseorang yang bermimpi biasanya akan merasakan malam itu yang berbeza dengan malam yang lain.
3. Tanda waktu malam yang lain adalah langit malam akan nampak bersih, dan tidak nampak awan walau sedikit, suasana malam sangat tenang dan sunyi, tidak dingin dan tidak juga panas. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda “Malam Lailatul Qadar itu langit bersih, udara tidak dingin atau panas, langit tidak berawan, tidak ada hujan, bintang tidak nampak dan pada siang harinya matahari bersinar tidak begitu panas.”
4. Merasakan nikmat yang lebih saat beribadah dibandingkan dengan malam lainnya. Pada malam Lailatul qadar, para malaikat turun ke bumi dan mereka memberikan rahmat serta membuat umat Islam yang beribadah merasa lebih aman dan damai.
5. Bulan akan muncul di malam ini dan nampak separuh.
6. Pada malam ini, angin akan berhembus dengan lembut dan membawa kesejukan bagi umat manusia.
7. Tidak turun hujan pada malam Lailatul qadar meskipun sedang dalam musim hujan.
8. Malam nampak sangat terang meskipun bulan hanya nampak separuh kerana pada malam Lailatul qadar langit tidak tertutupi awan sedikitpun

Semoga bermanfaat. Yang bab Bazaar tu kau redho je la. Gua cerita sebab pernah merasa. Gua kan manusia, mana pernah sempurna. Kalau malas baca, kau tengok je la gambar gua rembat dari Google kat bawah ni.

Oh ya, hari ni kau puasa?