Dari Jengka, kitorang plan ke Temerloh, kemudian ke Bentong lepas tu baru lah amik bas ke Genting. Tahap perjalanan yang amik masa lama gila (6 jam) sedangkan gua rasa kalau gua ke KL dulu lepas tu ke Genting lebih bagus dan tak buang masa. Tapi, masa tu mana ada smartphone, traveller guide apps mahupun waze. Jadi, kitorang ikut saje arahan orang-orang kat sana. Kononnya dorang lebih pakar berbanding budak-budak macam kitorang nie. Bayangkan gerak pukul 9 pagi, tapi hampir pukul 3 petang baru la sampai Genting. Perghh..dah petang, ape la sangat aktiviti yang dapat kitorang lakukan. Tapi dengan tahap kekreatifan yang ada, pelbagai aktiviti boleh dilakukan sehingga jam 2 pagi.
Antara aktiviti yang sempat gua lakukan bersama kanak-kanak riang (bebudak gua la..) adalah bermain bowling, amik gambar kenangan (kaedah selfie belum wujud lagi masa nie), main tembak-tembak, karaoke, makan Kenny Rogers dan semua aktiviti indoor. Yelah..indoor je sebab masa tu dah petang, kalau main outdoor, rasa cam rugi sebab tinggal bape jam je lagi. Nak tengok wayang, tapi masa tu takde citer best pulak. Pastu kat Genting, ada 1 port kedai mamak kat area parking kereta dia. Gua tak ingat la level berapa, tapi yang penting, kat situ la makan n minum paling murah. Kalau setakat nak rasa minum air kopi panas kat tempat sejuk, tak payah la pergi Starbuck kalau tak mampu. Mamak sudah la..walaupun rasa dia tak sama. Hehe.
Ada gak satu time tu, kitorang masing-masing cabar diri sape yang boleh tahan sejuk kat Genting. Maka semua pun bukak la baju sampai tinggal boxer. Siap ade budak gua sorang main lari-lari pakai boxer yang hampir nak tercicir tu. Bengong betul! Nasib baik takde orang nampak. Dan nasib baik zaman dulu tak canggih, kalau tak, dah masuk facebook gambar boxer tu. Haish..kenangan.
Jalan punya jalan tetiba jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Dan pada waktu tu la gua dan bebudak baru terfikir nak tido kat mane. Hotel sume penuh pulak. Yang kosong adalah surau. Surau pun surau la..janji boleh baring sekejap pun jadi la. Berbaring la kitorang kat surau tu sambil tunggu matahari keluar. Kesejukkan yang melanda dengan tiba-tiba membuatkan gua dan rakan-rakan menjadikan sejadah sebagai selimut. Itu pun tak dapat kaver sejuk. Memang sejuk sangat! Baru jer gua nak lelap tetiba pakcik guard masuk. Akibatnya, semua kena halau keluar surau sebab kat surau tak boleh tido.
Last-last kitorang lepak kat mamak sampai siang. Pastu naik bas balik KL. Kemudian dari KL naik bas balik ke Jengka. Rasa sekejap tak macam masa datang Genting. Waktu la baru kitorang sedar yang salah teknik nak datang Genting. Naik jer bas ke Jengka, memasing berjanji nak datang lagi skali ke Genting. Tapi hampeh! Sebabnya.....duit PTPTN dah habis.