February 9, 2011

Kisah Malam Jumaat

Mat baru balik dari surau, dengar syarahan Agama. Guru kata, sekali kita
"bersama" dengan isteri kita malam Jumaat, macam kita bunuh sorang kapir
dalam perang fi-sabilillah. Mat dengan bersemangat balik memberitahu
isterinya, Kiah. Kiah mengangguk-angguk tanda faham. Jam dah pukul 10.00
malam. Che Mat bersuara,"Eh malam ni malam Jumaat kan Kiah. Jom kita
bunoh kapir." Kiah mengangguk. Mereka terus masuk bilik. Setelah
membunoh seorang kapir, mereka tertidur keletihan. Jam 1.30 pagi,Mat
terjaga. Melihat kiah masih tidur, Mat mengejutkannya,"Kiah..Kiah,
jom kita bunoh sorang lagi kapir." Maka sorang lagi kapir dibunoh. Pukul
3.30 pagi, sorang kapir lagi dibunoh... hebat tu. Dah 3 orang kapir
dibunoh, Mat terus tertidur mati. Jam 5.00 Kiah
terjaga. Kiah terpikir,"Orang yang ajak bunoh kapir, tentu banyak lagi
pahala." Lalu Kiah terus mengejutkan Mat. "Abang.. bang, jom kita bunoh
sorang lagi kapir sebelum suboh ni.." Mat terus terlentok keletihan.
Kiah terus mengajaknya bunoh kapir. Lama-lama Mat pun bangun sambil
menggaru-garu kepala. Nak buat macamana. Kiah dah ajak. Hati kecil
berbisik, "Kalau macam ni, bukan kapir saja yang mampos, aku pun boleh
mampos". Meskipun perjuangan kian lemah, Mat dan Kiah berjaya membunoh
seorang lagi kapir sebelum suboh
menjelang..........

He.. he... Pastikan malam jumaat dimanfaatkan.... untuk yang dah kahwin
aje tau ! Yang belum tuuuuu, jgn tunggu lama lama ...

No comments:

Post a Comment