August 18, 2017
Jiwa Pemalas
Bai...gua baru tahu.
Bila dah tua, seru dah tiba, baru la gua tahu erti belajar PAFA masa sekolah rendah. Masa ni la baru gua rasa nak cari balik iqra' satu sampai enam. Nak belajar balik Asas Fardhu Ain. Tak masuk lagi bila mana gua rasa segan tengok geng-geng HuHa semua dah jadi AJK masjid. Janggut sampai dada, mata hitam bercelak dan kat dahi ada tanda. Masa tu baru gua rasa menyesal sebab tak sungguh-sungguh belajar agama. Lagi buat gua rasa sayu bila bukak TV Al-Hijrah, dengar diorang azan lagi sedap dari suara kaki karaoke bebudak bukit bintang. Dan channel TV gua pun ubahkan dari tengok Astro Warna, Astro Ceria ke Astro Oasis di mana isinya lagi berilmiah.
Tapi jangan risau, bukan tu yang gua nak sembangkan. Cuma gua nak cakap, last entry yang gua karangkan hari tu, yakni berada di tahun 2015. Satu kejayaan bagi gua! Menjadi pemalas!. Dan ada ketika gua selalu sembangkan dengan kawan-kawan baru gua, geng BBNU (Budak Baru Nak Up), penyanyi zaman gua sangat lejen, tulis lagu puitis, penuh kosa kata, kasta bahasa. Compare dengan lagu sekarang, muzik dan auto tune je lebih, tarik-tarik tak de dah. Artis dulu kalau tarik, sampai kening dan kain terangkat koyak. Artis sekarang, nyanyi sambil duduk, mulut tak gerak, taw-taw lagu dah habis. Derrrrrr
Tua ni subjektif. Ada tua mata, ada tua hati, ada jiwa muda walau dah tua nak mampos. Manakan tidak, kes bapak rogol anak dah jadi macam cerita harian. Kalau bukak suratkhabar zaman sekarang, orang dah tak baca sudut nombor 4D, keputusan bola sepak EPL, tapi orang tengok, bapak mana pulak yang rogol anak hari ni. Parah kan? Tapi ini lah realiti kalau nak compare dengan dunia fantasi fesbuk dan twitter kau yang 24 jam pegang smartphone. Sampai ke bilik air masa berak pun ko bawak.
Kau patut tengok open mic ni. Sebab dia sejenis perkongsian rata-rata dari hasil pengalaman sendiri. Gua teringat ada satu episod tu, ustaz tu cakap, kalau rasa-rasa masa mati nanti, anak-anak tak boleh nak bantu kebumikan, sila tukar haluan tuan-tuan. Setepek kena kat mak bapak yang kaki enjoy tapi lupa tentang mati.
Akhir kata, dunia makin tua walaupun kau masih muda. Kalau dah rasa tua, sedarlah sahabat kau bukan lagi duniawi tapi akhirat sana. Ya, macam Ustaz bukan?
Pesan Nabi, sampaikan la dariku walau satu ayat. Bukan nyanyi lagu despacito pastu upload bagi 1 dunia tengok, bodoh!
Subscribe to:
Posts (Atom)