October 16, 2015

Bila dah lama

Bapak gua cakap, bila dah lama tak buat sesuatu benda tapi bila tetiba kite buat balik, tu namanya 'rindu'. Abah gua ni jenis romantik. Bab cinta, rindu, sayang-menyayang dia taw la. Tapi kalo gua, ini namanya buang tebiat. Dengan kerjaya yang busy, jumpa menteri sana, meeting dengan menteri sini, rasmi sana, high tea sini, jilat bontot sana, kipas ketiak sini, dan macam-macam lagi la yang membuatkan gua ni tak cukup tangan nak mengadap blog gua yang rasanya setahun ada 3 orang baca. Tah kenal tah tidak 3 orang tu. Dan gua acah-acah je bab jumpa menteri tu. Gua tahu, gua kenal menteri-menteri tu, tapi belum tentu dorang kenal gua mahupun nak belanja gua nescafe secawan.

Cukup dengan merepek, gua saje je nak meriahkan laman blog ni. Acah-acah macam dak2 john ajak-ajak ayam gua lepak kat mamak bistro yang harga lagi mahal daripada mamak biasa.. Padehal niat sebenar tu nak suruh gua belanja. Pundek.

Sumber dari google. Tak payah nak acah-acah tuduh gua rembat gambar si polan bin si polan. Gua tahu orang Malaysia ramai yang jeles dari yang membantu. Manakan tidak, pernah satu hari duit gua tinggal seringgit, takde plak yang nak belanja gua makan hari tu. Salah gua jugak, dah takde duit, duduk diam-diam tak bagitaw orang. Mulut nie berat. Berat nak kongsi masalah. Biar orang tengok kite ni hidup ceria, pakai kereta besar, rumah besar, baju besar, seluar besar, spender pun kena besar, senyum tak lekang, mandi pun tak basah! Mana nak basah, area rumah gua, paip air selalu bocor je. Asalkan kita tak ganggu orang. Prinsip falsampah diri sendiri. Padan muka.

Biasa aa hidup. Semua nak pakai duit. Tapi ade gak benda yang tak pakai duit. Contohnya, kalo ko senyum kat pakcik jaga tandas dan cakap, "Pakcik, saya tak bawak duit, betul-betul terlupa, boleh saya tumpang tandas tak?". Mesti la pakcik tu cakap, "Boleh nak.". Tak caya? Gua dah try masa pegi Taman Tasik Permaisuri hari tu. Ini namanya ihsan. Ko tak boleh beli ihsan dengan duit. Tapi kalo ihsan tu pondan, gua tak tahu aa. Cuma kite ni, kalo boleh jangan jadi hamba duit. Sikit-sikit cakap pasal duit, duit takde, duit habis, keje tak setimpal dengan duit gaji, macam la nanti ko mati, Malaikat tanya berapa duit ko bawak? Tak kan. Sekurang-kurangnya cakap ada, tapi tak cukup.

Bila cakap pasal duit, gua mesti teringat member gua yang jenis mulut tak kaver. Pernah dia herdik gua sejurus lepas gua keluar duit dari mesin ATM. "Ko kuar duit banyak-banyak ni nak buat ape? Beli syurga? Bayar pampasan neraka?" Gua tersengih seraya tangan gua merayau ketuk kepala dia. "Aku nak bayar duit ko la, kan aku pinjam minggu lepas."

Mak gua penah pesan. Nak jadi ahli keluarga, tak perlu duit, tapi bila ada duit, kita kongsi sama-sama. Gua angguk setuju sebab gua tahu, gua tak apply loan bank untuk ada adik.